Laman Utama

Main Filter Dapat Watak ‘Penyondol’, Ini Respon Fyna Jebat - “Bagi Saya, Itu Hanya…”

Asyikin Mayudin
19/03/2023
13:55 MYT
Gara-gara teruja bermain filter ‘muka kau sesuai berlakon watak?’ di TikTok, penyanyi Fyna Jebat menerima pelbagai kritikan daripada netizen.
Tidak mahu mengulas lebih lanjut, Fyna bagaimanapun menegaskan, watak ‘penyondol’ yang keluar dari filter itu hanya spontan dan menganggap ia bukan satu isu besar.
“Saya tak ada nak komen apa. Sebab bagi saya, itu hanya filter saja dan bukan saya nak buat. Sebab mereka yang ajak main filter dan saya okay saja.
“Bagi saya, benda itu tak ada apa pun. Lagipun filter itu hanya spontan saja,” kata Fyna kepada Gempak.
Adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ini bagaimanapun berkata dia tidak kisah dengan kata-kata netizen kerana tidak pernah membaca komen mereka.
“Saya tak akan tengok komen… bagi saya, orang nak cakap apa, terpulang kepada mereka,” ujarnya lagi.
Fyna berkata demikian pada majlis pelancaran produk Eodos Serum di Hotel Tenera di Bangi, Selangor pada Jumaat.
Terdahulu, Fyna Jebat meluahkan rasa syukur apabila kes melibatkan madunya iaitu Datin Zalina Zaini sudah pun selesai dan hubungan mereka juga akhirnya menjadi baik.
Berharap tiada lagi insiden memalukan, Fyna memberitahu dia dan madunya sudah menarik balik laporan polis yang membabitkan kes pergaduhan mereka pada Januari lalu.
Untuk info pada awal Januari lalu, Fyna mengaku sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak popular, Zainal Abidin Hassan.
BACA: Main Filter TikTok, Netizen Terhibur Fyna Jebat Dapat Watak ‘Penyondol’ - “Setepek Kena”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Fyna Jebat Potong Rambut Pendek, Bukan Sebab Sedih Lepas Cerai Tapi ... - "Saya Gembira Dengan Kehidupan Sekarang"

gempak
06/11/2023
07:50 MYT
Fyna masih bersahabat dengan bekas suami
Laman Utama

Zainal Abidin Dedah Status Rumah Tangga Dengan Fyna Jebat - “Pergi Makan, Berjumpa Untuk…”

gempak
22/08/2023
04:15 MYT
Akhirnya terjawab status Zainal dengan Fyna.
Laman Utama

Selepas Dikhabarkan Bercerai, 3 Bulan Fyna Tak Hubungi Ayda Jebat - "Dia Dalam Tempoh Bertenang"

gempak
07/08/2023
13:39 MYT
Fyna Jebat hilangkan diri...
Laman Utama

“Jangan Tanya Saya… Penat Nak Jawab” - Ayda Jebat Enggan Ulas Lanjut Isu Perceraian Fyna, Zainal

gempak
18/05/2023
07:27 MYT
Ayda dah bersuara
Laman Utama

Tiada Persefahaman Dengan Madu, Saudara Sahkan Fyna Jebat Dah Cerai Dua Minggu

gempak
17/05/2023
23:38 MYT
Jodoh tak panjang...