Majikan Allahyarham Bad Indigo, Wan Ohar mendedahkan detik-detik terakhir sebelum penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir pada Khamis.

Menurut Wan, arwah mengadu kepadanya yang dia sakit perut selepas menjamu selera hidangan nasi lepak pada waktu pagi.

Berita Trending: Ashira Terkejut, Masih Menggigil Dengar Berita Bad Indigo Meninggal Dunia

Begitupun, tambah Wan, arwah langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang pelik.

“Pagi semalam memang nampak sihat cuma dia kata sakit perut sebab makan nasi lemak.

“Bad memang jenis tak buang air besar dekat bengkel tapi sejak dua hari lepas dia masuk tandas dan kami semua terkejut. Bad cuma gelak cakap dia sakit perut.

Melanjutkan bicara, Wan memberitahu yang arwah mengalami muntah-muntah lalu terus tidak sedarkan. Arwah juga tidak memberikan sebarang respons ketika ada dalam kalangan rakan-rakan cuba menyelamatkannya.

“Kami panggil dan tepuk pipinya tapi tiada respons. Bagaimanapun, lidahnya masih bergerak dan dia masih bernafas.

Berita Trending: [VIDEO]: "Bukan Salah Dia, Saya Yang Tak Jujur Sejak Awal…” - Bad Indigo Akhirnya Dedah Punca Cerai

“Namun, menurut paramedik, oksigen tidak sampai ke otaknya lebih 15 minit dan memaklumkan Bad sudah meninggal dunia,” katanya lagi.

Pekerja beritahu Bad muntah-muntah, berlarilah kami tengok dia yang sudah ada dalam kereta. Waktu itu keadaan matanya seperti orang baru bangun tidur, kami panggil dan tepuk pipinya pun sudah tiada respon tapi lidah dia masih bergerak dan bernafas.

Wan turut menambah yang arwah Bad pernah mengalami lemah badan akibat gula rendah dalam badan. Katanya, dia sempat membelikan air berkarbonat untuk diberikan kepada Bad, memandangkan air itu yang sering diberikan kepada arwah ketika mengalami hypo. Namun, arwah sudah tidak boleh minum.

Sumber: TikTok