Bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa, kerajaan hari ini mengumumkan enam inisiatif antaranya wanita yang kematian suami dibenarkan Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata memahami kesedihan dan bebanan yang ditanggung oleh wanita yang kematian suami, ketua jabatan dan pengurusan tertinggi semua organisasi adalah diwajibkan untuk membenarkan wanita untuk bekerja dari rumah (BDR) bagi membolehkan urusan keluarga serta peninggalan suami diselesaikan.
Selain itu, beliau berkata cadangan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senarai awam bermodal besar dijangka berkuat kuasa 1 Sept ini manakala bagi syarikat tersenarai lain pelaksanaannya dijangka pada 1 Jun tahun depan.
“Bagi menghargai dan mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita, sambutan Hari Wanita wajib dilaksanakan pada 8 Mac setiap tahun di semua peringkat sama ada Persekutuan atau negeri," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wanita 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini.
Turut hadir Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun; Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan turut menubuhkan Majlis Wanita Negara, mewujudkan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual dan memantapkan Institusi Hakam di bawah Mahkamah Syariah bagi membantu wanita yang perlu menghadapi proses perceraian panjang.
"Hakam merupakan satu kaedah yang diperkenal Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi mengatasi masalah kes-kes perbicaraan berkaitan perceraian yang mengambil masa sehingga memudaratkan pasangan yang ingin bercerai," katanya.
Perdana menteri berkata kerajaan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut memperkenalkan Akta Pembiayaan Kewangan iaitu pihak bank boleh membekukan akaun bank suami atas arahan mahkamah.
Sumber: Sinar Harian
Azwa Rahman
Tue Mar 08 2022

.jpg?ext=.jpg)
“Berat Badan Saya Berbeza Dalam Satu Babak”- Sherry Alhadad Dedah Turun 16kg Masa Shooting The Maid 2
Wah Sherry beza 16kg dalam The Maid 2

Suspek Kelar Isteri & Anak Usia 44 Hari Dipercayai Alami Tekanan & Desakan Hidup
Apa nak jadi...

Jadi Penjual Sayur Di Pasar Siti Khadijah, Fazura Teruja Sambut Aidiladha Di Kelantan - “Mesti Pandai Dah Kecek Kelate”
Raya Haji di Kelantan memang meriah.

Penyanyi Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia
Salam takziah.

“Kalau Tengah Miang, Pi La Cari Bini..” - Caprice Selar Tindakan Lelaki Peluk Wanita Air Buah Tular, Ucap Salam Takziah
Air buah mana-mana pun ada.

Ada Adegan Terbang Macam Mak Lampir & Kelibat Shuk Sahar! Netizen Lega Versi Asal Mat Kilau Tak Diteruskan
Netizen viralkan video behind the scene Mat Kilau versi asal
![[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar [VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/kzrsulfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar
Netizen kecewa?

Video Lama Viral Kembali, ‘Kakak Kedai Makan’ Di Terengganu Pernah Ramas Kemaluan Pelanggan?
Dahsyat!

Dr Malar Tolak Pelaksanaan Cadangan Kerja 4 Hari Seminggu, Sebaliknya…
Dr Malar mencadangkan cara lain

Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi
Jang Hyuk dengan Jong Kook ni memang jaga badan.