Semalam viral di media sosial apabila sebuah video memaparkan tiga orang artis dikir barat wanita bergelek dalam sebuah majlis perkahwinan di Kelantan.
Majlis perkahwinan tersebut dipercayai berlangsung di Kampung Padang Tembusu, Tumpat, Kelantan.
Sebaik sahaja video tersebut viral, netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana artis dikir barat tersebut dikatakan tidak menghormati majlis perkahwinan yang diadakan.
Dalam video berkenaan tiga wanita berpakaian ketat dilihat beraksi bersama beberapa artis dikir barat sebelum bergelek mengikut irama dangdut ketika melakukan persembahan.
Rata-rata yang menyaksikan video berdurasi 12 minit 50 saat, melahirkan rasa marah dan ada juga diantara mereka yang memberikan komen lucah kepada penari tersebut.
@Firdaus Daus: "Jangan salahkan negeri kalau sikap segelintir yang macam tu kerana dia harus salahkan diri dia sendiri yang kurang didikan agama."
@JefryAdm: "Jangan disebabkan dia berbicara dalam bahasa kelantan, maka kita nak salahkan negeri Kelantan itu kerana tidak semua orang seperti mereka."
@DaudNash: "Kita ini dah seperti negeri serambi Mekah, lepas itu banyakan dosa lagi buat apa. Biarlah kerajaan Kelantan sahaja yang selesaikan masalah itu sendiri. Buat orang negeri lain tak perlu nak tokok tambah."
@GojengGg: "Tak malu ke melakukan persembahan seperti itu, sepatutnya majlis perkahwinan ini disambut secara sederhana."
@Sheda12E: "Saya lihat majlis ini dah seperti pesta sex kerana pakaian yang dipakai oleh penari itu sangat melampau dan memang patut ia menerima kecaman daripada orang ramai."
@AlynnRosli: "Saya sebagai peminat dikir memag dah tak minat dengan dikir moden. Lagu-lagu budu "pure" dikir kelantan saja yang boleh sangkut. Malu dengan gelek-gelek macam itu. Maaf la saya tidak baik mana pun cuma sekadar ingin menegur."
Rozaimi Zubaidi
Mon Jul 10 2017
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.