Baru-baru ini, satu majlis persaraan guru besar sebuah sekolah telah meraih perhatian ramai kerana temanya yang bersifat unik.

Perkara itu dikongsikan di Platform X, di mana dapat dilihat sekolah tersebut dihiasi pelbagai prop yang menghidupkan suasana seperti lapangan terbang sepanjang majlis berlangsung.

BERITA TRENDING: Viralkan Kedai Serbaneka Sebab Tak Dapat Angpau Pokemon, Individu Disekolahkan Netizen – “Benda Boleh…

Bukan itu sahaja, guru-guru juga didapati mengenakan pakaian seolah-olah juruterbang dan pramugari.
Menjengah ke ruangan balas hantaran berkenaan, rata-rata netizen memuji kreativiti serta usaha yang ditunjukkan oleh sekolah itu.

Antara komen yang diterima:

“Kreatif dan bonding pun ya juga. Tidaklah asyik bawa pergi hotel mewah lima bintang selalu!”

“Kreatif!”

“Lain daripada yang lain, terus buat jadi tema percutian.”

“Memang ramai sambutan dan pelajar pun seronok. Sesuatu yang kita perlu fikirkan untuk buat.”

Sekadar info, majlis persaraan unik itu difahamkan telah dilangsungkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuang Hwa, Kuantan, Pahang.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih lebih 100,000 tontonan serta hampir 2,000 tanda suka di Platform X.

Sumber: Platform X