Pelakon Idris Khan mengakui tidak punyai nama yang besar atau kedudukan yang hebat dalam industri seni tempatan.

Malah, Idris mendedahkan fokusnya kini lebih terarah untuk membangunkan platform global untuk memberikan manfaat kepada pemain industri serta usahawan.

“Orang tu kata siapa lah Idris Khan ni? Ya okay kita ni kayu, bukan nama besar tak hebat.

“Tapi aku sedang develop satu platform global yang akan benefit pemain-pemain arts industri negara kita, SME dan usahawan.

“Aku lagi suka focus untuk bantu develop dan bangunkan industri yang telah berjasa pada aku, bukan memecah belahkan industri kita,” tulis idris.

Idris turut menambah dirinya sudah dididik oleh orang tuanya untuk sentiasa menghormati orang tanpa mengenal usia mahupun pangkat.

“Mak Ayah aku ajar untuk hormat orang tua tak kira pangkat atau darjat.

“So masalah aku adalah aku tak kisah apa title, pangkat, darjat ada dekat nama kau. Benda boleh beli.

“Aku takkan cium tangan sesiapa atau kipas bontot sesiapa. Semua manusia sama.

“Aku penyabar, tapi once you cross the line, I’m coming for you with everything I’ve got,” luah Idris menerusi tulisannya di Instagram Stories.

Nama Idris hangat diperkatakan sejak minggu lalu apabila penerbit dan pemilik syarikat A. Aida Production (AAP), Datuk A. Aida, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadapnya dan pelakon, Amelia Henderson, gara-gara menarik diri daripada membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali pada saat-saat akhir tanpa sebab munasabah.

Penerbit tersebut terpaksa meneruskan tindakan saman itu kerana kecewa dengan tindakan tidak profesional kedua-dua pelakon berkenaan sehingga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian besar