“Mak Bapak Buat Apa?” - Viral Koleksi Mainan ‘Mahal’ Berkecai! Netizen Salahkan Ibu Bapa Sebab Tak…
Kecoh di platform TikTok apabila seorang individu memuat naik video menyedihkan selepas mendapati permainan ‘mahal’ miliknya rosak dan berkecai.
Pemuda tersebut meluahkan rasa kesal apabila koleksi patung figuranya dihancurkan oleh tetamu yang hadir ke rumahnya untuk berhari raya.
Menerusi video dimuat naik, jelas kelihatan beberapa patung permainan berkemungkinan mencecah ratusan ringgit itu musnah.
“Balik kerja tengok-tengok dah jahanam semua,” tulisnya.
Susulan daripada perkongsian itu, ramai netizen yang ‘naik hantu’ menyalahkan ibu bapa yang tidak mengawal ‘kenakalan’ anak mereka.
Malah, ramai juga yang meminta supaya ibu bapa lebih peka dan bertanggungjawab sekiranya merosakkan harta benda tuan rumah.
“Mak bapak kawal lah anak, jangan bagi masuk bilik selain ruang tamu. Jangan rosakkan barang orang”.
“Mak bapak sedang melantak, anak biar macam tu je, memang lah”.
“Awak tak kunci ke pintu bilik?,” tulis beberapa netizen.
Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.
@lengtanker Raya punya psl ? #figure ♬ the one that got away ALSA AQILAH COVER - sadvibes?