,
Berita

"Mak Pergi Selepas Tiga Hari Ani Sambut Hari Lahir Sendirian" - Luahan Noraniza Idris Buat Netizen Sebak

Rozaimi Zubaidi
23/10/2018
12:33 MYT
Penyanyi Noraniza Idris berkongsi ucapan ulang tahun kelahiran arwah emaknya, Allahyarhamah Hajah Azizah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Noraniza atau lebih mesra dipanggil Kak Ani membuatkan netizen sebak apabila membaca ucapan yang ditulis olehnya.
"HAPPY BELATED BIRTHDAY MAK. Mak pergi selepas 3 hari Ani sambut hari lahir sendirian. Tahun 2004 ini terlalu banyak kenangan pahit yang dilalui sendirian tanpa mak.
"Hanya mak yang selalu pertahankan anak-anak mak. Selalu bawa mak jalan petang-petang sekeliling taman Mini sebelum mak jatuh sakit. Kita pimpin tangan sambil berjalan bercerita muka mak menahan sakit kaki dalam senyuman dengan wajah mak yang pucat.
"Mak masih ingat janji kita untuk pakai sepanjang masa barang kemas hadiah hari jadi mak. Walaupun tau mak ada rahsiakan sesuatu tapi Ani tak mahu mak susah hati.
"Tak pernah lekang nama mak dalam setiap doa. Terima kasih mak. Mendidik dengan kasih sayang mak. Terasa rindu sangat pelukan setiap kali tidur dengan mak.
"Terngiang-ngiang suara mak yang lembut setiap kali berkata-kata dengan senyum sepanjang masa. Menahan sebak dengan linangan air mata mak setiap kali berkecilhati. Maafkan kami mak.
"Setiap kali rasa sedih maklah yang akan beri kekuatan dengan kata-kata semangat. Maklah yang akan susah hati buatkan air yasin untuk tenangkan kami. Maklah yang akan bangun bertahajud mohon pada Allah untuk kami. Maklah yang pilih kain dan jahitkan baju dengan tangan mak sebagai rutin pagi raya.

HAPPY BELATED BIRTHDAY MAK.. ? 19.10.1936 - 30.08.2014 (Masuk usia 68 tahun umur arwah mak ketika pulang ke rahmatullah) . AlFatihah untuk mak..?? . Mak pergi selepas 3 hari ani sambut hari lahir sendirian . Tahun 2004 ini terlalu banyak kenangan pahit yang dilalui sendirian tanpa mak. Hanya mak yang selalu pertahankan anak2 mak. Selalu bawa mak jalan petang2 sekeliling taman Mini sebelum mak jatuh sakit. Kita pimpin tangan sambil berjalan bercerita muka mak menahan sakit kaki dalam senyuman dengan wajah mak yang pucat. Mak masih ingat janji kita utk pakai sepanjang masa barang kemas hadiah harijadi mak. Walaupun tau mak ada rahsiakan sesuatu tapi ani tak mahu mak susah hati. Tak pernah lekang nama mak dalam setiap doa. Terima kasih mak. Mendidik dengan kasih sayang mak. Terasa rindu sangat pelukan setiap kali tidur dengan mak. Terngiang2 suara mak yang lembut setiap kali berkata2 dengan senyum sepanjang masa. Menahan sebak dengan linangan air mata mak setiap kali berkecilhati. Maafkan kami mak. Setiap kali rasa sedih mak lah yang akan beri kekuatan dengan kata2 semangat. Mak lah yang akan susah hati buatkan air yasin utk tenangkan kami. Mak lah yang akan bangun bertahajud mohon pada Allah utk kami. Mak lah yang pilih kain dan jahitkan baju dengan tangan mak sebagai rutin pagi raya. Mak lah yang pimpin tangan kami setiap kali berjalan tuju ke pejabat temankan mak. Semua pengorbanan mak sentiasa kami ingat dan tidak ada tolok banding. Kasih sayang mak sentiasa segar dalam sanubari. Akak dah pergi ikut mak. Tinggal kami 3 beradik perempuan yg tinggal di dunia yang penuh cabaran. Kami akan terus mendoakan kesejahteraan mak di alam barzakh. Semoga setiap doa2 kami terus diangkat dan dimakbulkan. Semoga mak sentiasa di syurgaNya di kalangan orang2 beriman yang lain. Semoga Allah mengampunkan dosa kami kepada mak. Terima kasih mak.. ? . ?AlFatihah ? . Allahyarhamah Hajah Azizah Bte Haji Ibrahim (arwah mak) . Allahyarhamah Hajah Nong Bte Haji Mutalib (arwah atok) . Allahyarhamah Hajah Radziah Bte Haji Ibrahim (arwah Mak Ngah) . Allahyarhamah Asmah bte Abdullah (arwah kesot) . Semua saudaraku , muslimin & muslimat yang telah pulang ke rahmatullah.. AlFatihah

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on

"Maklah yang pimpin tangan kami setiap kali berjalan tuju ke pejabat temankan mak. Semua pengorbanan mak sentiasa kami ingat dan tidak ada tolok banding. Kasih sayang mak sentiasa segar dalam sanubari. Akak dah pergi ikut mak. Tinggal kami 3 beradik perempuan yang tinggal di dunia yang penuh cabaran.
"Kami akan terus mendoakan kesejahteraan mak di alam barzakh. Semoga setiap doa-doa kami terus diangkat dan dimakbulkan. Semoga mak sentiasa di syurgaNya di kalangan orang-orang beriman yang lain. Semoga Allah mengampunkan dosa kami kepada mak. Terima kasih mak," tulisnya.
Rata-rata mengakui sedih dengan luahan yang dilakukan oleh Kak Ani dan berharap agar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk maknya disana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.