,
Laman Utama

“Mak Sebak Menitis Air Mata..” - Berbeza Daerah, Beto Kusyairy Lawat Ibu Bapa Sebelum PKP Bermula Esok

Azwa Rahman
05/05/2021
07:50 MYT
Aktor terkenal Beto Kusyairy meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat pulang menyambut hari raya bersama kedua ibu dan bapanya.
Menurut Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 41, dia berkesempatan melawat kedua ibu bapanya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di negeri Selangor yang akan bermula esok.
“Tadi balik jenguk orang tua. Daerah cuma sebelah. Tiba di pagar mak aku terus sebak menitis air mata dek kenangkan akan cuma berdua bersama abah di pagi Syawal tanpa anak-anak dan cucu-cucunya.
“Luluh hatiku. Sabarlah wahai sekalian mak abah yang tak dapat beraya bersama. We love you,” tulis Beto dalam satu ciapan di Twitter.
Malah, Beto sempat membalas satu komen pengikutnya yang tetap mahu mencari jalan pulang berhari raya walaupun berbeza daerah dengan ibu bapa.
“Saya dilarang balik. Taknak anak dia keluar duit bayar saman & taknak viral,” jelas Beto lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya berkongsi rasa sebak apabila sama-sama berhadapan situasi yang sama seperti Beto.
Ya Allah, tolonglah panjangkan umur Mak Abah kami sampai kami dah boleh jumpa Mak Abah kami, peluk dan cium Mak Abah kami semula satu hari nanti. Aaaamiiin,” doa seorang pengikutnya.
Kes kita sama, Beto. Ni petang ni baru nak gi jumpa, pakai baju Raya siap-siap. My mum yang selalunya chatty kat WhatsApp, semalam dan hari ni diam seribu bahasa. Tahan sedih agaknya,” tulis seorang pengikutnya.
Sama. Walaupun dapat jumpa every week sebelum ni, sebab daerah sebelah. Tapi bila raya tak dapat jumpa, lain feel dia. Macam mana la adik aku kat kedah nun yang dah berapa bulan tak dapat balik jumpa mak abah dah berbulan. Lagi sedih kot,” luah seorang pengikutnya.
Same goes to my mama and papa. Sedihnya. 1st time tak dapat beraya bersama walaupun berbeza daerah,” komen seorang pengikutnya.
Daerah memisahkan kita. Duduk dekat pon tak dapat nak raya sama2. Sedihh!!” ujar seorang pengikutnya lagi.
Sehingga kini, ciapan luahan tersebut telah mendapat hampir 2,000 ulang ciap dan 4,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Baru Idamkan Trofi Oscar, Ini Reaksi Azhar Sulaiman - “Poyo Betul…”

gempak
21/09/2024
05:19 MYT
“Poyo betul nak cakap macam tu,” itulah reaksi aktor, Azhar Sulaiman selepas ada pelakon baharu yang memandang rendah terhadap anugerah industri tempatan dan mengagungkan pengiktirafan daripada negara luar.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Fazura, Beto Kusyairy Puji Usaha Sofyank & Khairul Aming Beri Kesedaran Tentang Palestin - “Well Done Boys”

gempak
24/05/2024
12:55 MYT
Gabungan kolaborasi pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan pencipta kandungan digital, Sofyank meraih perhatian ramai apabila menghasilkan video infografik bagi menerangkan tentang isu Gaza dan Rafah.
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.
Terkini

PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri

gempak
29/03/2024
02:55 MYT
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.
BorakSeeni