,
Laman Utama

Makan Malam Bunga-Bunga Cinta Misha Omar Gamat! Berjaya Kumpul Dana Bagi Yang Memerlukan

Syafiqah Jalal
26/02/2022
11:28 MYT
Acara Bunga-Bunga Cinta Misha Omar, Charity & Fundraising Gala Dinner pada 19 Februari lalu telah pun berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran golongan korporat, para selebriti serta orang perseorangan.
Makan malam amal yang berlangsung di Hotel Royale Chulan,Kuala Lumpuritu berjaya mengutip dana untuk mereka yang kurang bernasib baik, kebajikan anak-anak yatim, bantuan kemasyarakatan dan juga modal insan.
Ia mendapat sambutan yang baik apabila meja yang dijual dengan harga-harga dari RM300 hingga RM700 terisi penuh.
Makan malam amal tersebut turut dihadiri oleh YAM Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail , puteri sulung kepada Raja Muda Perlis serta YB Dato’ Seri Haji Ismail Hj Abd Muttalib , Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Menurut Pengarah Urusan The H Entertainment iaitu Norazirah Abdul Talip, pembahagian untuk sumbangan kepada PAPITA (Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air) dan PERSEDIM (Persatuan Kebajikan Semerah Padi) serta golongan yang memerlukan adalah sebanyak 5 hingga ke 10 peratus selepas ditolak semua harga kos.
“Dalam bulan Ramadan ini, pihak kami akan membuat program CSR bagi infak Ramadan. Jumlah sumbangan ini akan diberikan kelak kepada mereka yang memerlukan.
“Sumbangan dan dana juga turut diberikan kepada pihak (PAPITA) dengan bantuan presidennya, Datuk Malek Ridzuan untuk diagihkan kepada anak-anak seni yang memerlukan,” katanya. Malam yang penuh bermakna tersebut dimulakan dengan persembahan bakat baru, Zarol Zarif yang membawakan lagu Anuar Zain dan turut memperkenalkan lagu baharunya yang kini sedang mendapat sambutan baik dari pendengar yang bertajuk Kan Kan.
Dafi yang sudah lama agak hilang dari radar dunia nyanyian muncul dengan lagunya Bila Terasa Rindu dan mengubati kerinduan peminat yang sudah lama tidak menyaksikan dan mendengar nyanyiannya. Acara yang ditunggu-tunggu tiba apabila penyanyi bersuara enak muncul dengan persalinan serba hitam dan bergincu rona merah menyala. Misha Omar memulakan acara dengan lagu Sembunyi yang disulam dengan lagu Dedebu Cinta.
Vokal bertenaga Misha dengan diiringi oleh pemuzik professional tanah air di bawah pimpinan Szewan meneruskan acara dengan lagu Tanpa Rela dengan diikuti dengan bariskan lagu medley Whitney Houston iaitu Run To You, I Have Nothing dan One Moment In Time.
Misha kemudian mengembalikan ingatan penonton terhadap lagu-lagu runut bunyi nyanyiannya iaitu Pulangkan dan Ku Seru. Celoteh Misha yang manja dan lucu membuatkan penonton sentiasa tersenyum bersulam ketawa-ketawa sepanjang persembahan yang diadakan.
Misha kemudian memilih untuk menyanyikan lagu saduran lagi dan kali ini memilih lagu-lagu Allahyarhamah Sharifah Aini untuk dipersembahkan kepada khalayak. Malah Misha sempat memberi ‘trek bonus’ kepada khalayak dengan membawakan lagu Dato Sri Siti Nurhaliza iaitu Percayalah.
Sebelum mengakhiri malam yang penuh bermakna tersebut, persembahan diteruskan dengan lagu berhantu Misha iaitu Sampai Bila, diikuti dengan rangkaian lagu medley iaitu Halaman Cinta, Semoga Abadi dan Cinta Adam dan Hawa. Tidak sah kiranya jika lagu yang telah mempopularkan Misha Omar ke persada seni serta tajuk lagu yang diangkat sebagai judul malam amal The H Entertainment ini tidak dinyanyikan.
Selepas mendapat pekikan kuat dari penonton yang tidak puas dengan persembahannya, Misha kemudian muncul dengan lagu Bunga-Bunga Cinta bagi mengakhiri persembahan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Misha Omar Nafi Artis Wanita Ditangkap Bersama Pil Kuda - “Jangan Risau Okay”

gempak
02/11/2024
08:28 MYT
Dunia hiburan hari ini dikejutkan dengan laporan seorang penyanyi wanita kelahiran Kelantan ditangkap kerana memiliki pil kuda.
Artis

Dafi Tak Kisah Digelar Penyanyi Sendu - "Itu Semua Lumrah, Saya Terima"

gempak
03/10/2024
09:25 MYT
Penyanyi dan bintang kelahiran rancangan Akademi Fantasia 5, Dafi tidak kisah seandainya dilabelkan sebagai artis sendu.
Hiburan

"Kurus Salah, Gemuk Salah" - Nampak Makin Kurus & Pucat, Dafi Nafi Sakit

gempak
02/10/2024
02:00 MYT
Tampil dengan sosok tubuh yang semakin cengkung dan pucat, penyanyi dan pelakon Dafi Ismail menafikan dirinya kini sedang sakit.
Hiburan

M.Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Bergabung Untuk Konsert Amal MPO Resonance For A Reason!

gempak
29/09/2024
13:54 MYT
Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) bakal mengadakan Konsert Amal MPO (‘Resonance for a Reason’) yang akan diadakan pada Sabtu, 9 November 2024 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.
Terkini

“Ada Yang Lupa Saya Sebenarnya Penyanyi…” - Dafi

gempak
20/08/2024
14:55 MYT
Bulan Ogos menjadi sebuah pemulaan yang sangat dinantikan penyanyi Dafi selepas lama memerhati waktu yang tepat untuk keluar daripada ‘pertapaan’.
Unitar