Berita
“Makan Malam Itu Sungguh Indah…”- Selepas Hampir 3 Bulan, Hunny Madu Dating Dengan Kekasih
Pengacara dan penyanyi Hunny Madu gembira kerana akhirnya berpeluang untuk keluar dan makan malam bersama kekasihnya, Fedrighi Francesco.
Selepas tiga bulan berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hunny membuat keputusan untuk bersiap dan makan di luar.
Menurut Hunny pengalaman makan di luar kali ini berbebeza kerana dia perlu mematuhi pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP).
“Alila how I’ve missed you! Selepas hampir 3 bulan makan di rumah, kami membuat keputusan untuk bersiap keluar untuk makan malam bersama hanya kami berdua.
“Sudah tentu banyak perkara norma baru yang kami perlu sesuaikan iaitu mengambil suhu badan di lobi, menulis segala data di dalam borang, memakai topeng muka dan sebagainya.
“Apa-apa pun makan malam itu sungguh indah,” katanya.
Hunny berkongsi perkara terebut di akaun Instagram miiknya.
Menerusi entri tersebut, Hunny memuat naik foto mereka berdua sedang makan malam.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata gembira melihat kebahagian mereka.
Hunny mendedahkan hubungan cintanya dengan Francesco pada awal tahun ini.
Francesco merupakan cef antarabangsa yang berasal dari Itali dan bertugas di sebuah restoran mewah ibu kota sejak 2018.
Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 36, telah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar pada 2010 dan bercerai pada Oktober 2018.
Pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Adam Musa, 3, dan Eva Medina, 7.
Must-Watch Video