Laman Utama
Makanan Malaysia 39 Terbaik Di Dunia; Roti Canai, Karipap & Nasi Lemak Paling Champion!
Taste Atlas yang merupakan sebuah ensiklopedia makanan berpangkalan di Croatia baru baru ini mengeluarkan senarai 50 makanan terbaik di dunia.
Apa yang membanggakan, makanan Malaysia masuk dalam senarai 50 terbaik di dunia. Makanan Malaysia diundi sebanyak 3.99 mata, menjadikan kedudukannya berada di kedudukan 39 daripada 50 makanan terbaik dunia.
Malaysia duduk di tangga ke-39, apabila pengunjung dari seluruh dunia memberi penilaian terhadap beberapa menu ruji dan terkenal di negara kita.
Antara makanan Malaysia yang dinilai sebagai terbaik adalah Roti Canai, Karipap, Laksa, Nasi Lemak, Steamboat Satay dan Char Kway Teow, Bak Kut Teh.
Sementara itu, Tast Atlas meletakkan Itali sebagai negara pertama yang memiliki makanan paling enak di dunia. Ia diikuti Greece dan Sepanyol.
Meski demikian, banyak pengguna media sosial tidak berpuas hati dan berasa carta yang dikeluarkan oleh Taste Atlas sebagai Tasteless (tiada taste) lantaran banyak negara bukan sahaja Malaysia dipercayai memiliki makanan lebih sedap berbanding senarai 10 negara teratas.
Netizen merasakan negara seperti Thailand dan Indonesia juga mempunyai makanan yang lebih baik dari Amerika Syarikat yang disifatkan hanya menyediakan ,mac & cheese sahaja.
Menyedari hal tersebut, Taste Atlas kemudian menjelaskan mempunyai lebih 15,000 makanan lokal dalam data mereka dan memberi peluang kepada publik melakukan vote atau pilihan sepanjang tahun.
Must-Watch Video