Berita

Makcik Ingat Mati Ke Tak? Tak Ada Duit Pun Janganlah Sampai Mencuri!

gempak
Rozaimi Zubaidi
20/06/2017
11:19 MYT
Sponsor Banner
Makcik Ingat Mati Ke Tak? Tak Ada Duit Pun Janganlah Sampai Mencuri!
Kecoh apabila rakaman video seorang wanita yang agak berusia sedang mencuri dompet viral di media sosial.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di salah sebuah kedai pakaian di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.
Menerusi video berdurasi 58 saat itu, seorang wanita sedang mengekori mangsa dan pasangannya yang sedang sibuk memilih pakaian.
Wanita tersebut kemudiannya pergi ke belakang mangsa dan membuka zip beg sandang tanpa disedari oleh dia dan pasangannya.
Menurut sumber, sebanyak 11 buah dompet berjaya ditemui semula tetapi duit telah diambil suspek.
Kegiatan suspek mula dikesan sejak tiga hari lalu ketika orang ramai sudah mula membanjiri Jalan TAR dan kawasan sekitarnya untuk membeli persiapan terakhir menjelang hari raya.
Netizen yang menonton video tersebut berharap agar wanita yang melakukan perkara itu segera diberkas dan bertaubat.
@Faisal Ejai: "Hati-hati bila hendak membeli-belah. Jangan terleka walaupun seminit kerana macam-macam boleh terjadi dan pencuri bijak mengambil kesempatan."
@Mohamad Fauzi Awang: "Memang hebat makcik, tetapi dia lupa bahawa CCTV ada dan sedang memerhatinya. Diharapkan makcik ini segera bertaubat kerana sudah tua pun masih gigih untuk mencuri."
@Ani Nuraini Rizki: "Lebih baik berhari raya dengan memakai baju yang selekeh daripada memakai baju baru tetapi hasil dari kerja haram."
@Siti Murliza Ismail: "Alahai makcik, ingat mati ke tidak dan tudung bukan main labuh lagi. Jika tidak ada duit jangan sehingga sanggup mencuri, sekarang sudah viral mana nak sorok muka."
Diharapkan agar orang ramai terutama wanita supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling agar perkara sebegini dapat dielakkan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024