Pelakon Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai Makcik Petir, 63, meninggal dunia, jam 2 pagi, hari ini.

Perkara ini dikongsikan anak saudaranya yang juga penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.

"Innallilahiwainailaihirojiun.

"Assalamualaikum gais. Dukacita abam nak bagitahu semua mak saudara abam Mak Uda Yati aka Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru sahaja sebentar tadi menghembuskan nafas terakhirnya jam 2 pagi tadi," tulisnya.

Dalam pada itu, Shahrulezad memohon agara semua pihak terutama para peminat mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

"Bagi semua para peminat Mak Uda Yati marilah kita sama sama doakan agar roh beliau dirahmati Allah dihimpunkan beliau di kalangan mereka yang solehin.

"Sudi apalah kira dapat hadiahkan Alfatihah untuk Noryati Taib. Dan semoga Allah memberikan kekuatan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan ini. Al fatihah," tulisnya lagi.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)


Terdahulu, Noryati terkenal dengan gelaran seperti Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary menerusi drama lakonannya iaitu Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.