,
Laman Utama

Makin Galak Berlakon, Tajul Elak Babak Bersentuhan Dengan Perempuan - "Bukan Takut Bini, Tapi ..."

Asyikin Mayudin
27/10/2022
02:55 MYT
Semakin aktif dalam dunia lakonan, penyanyi Tajul Ariff mengakui dia seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada melakonkan babak bersentuhan.
Bukan disebabkan ‘takut’ dengan isterinya Nurul Shamieza Eddie, sebaliknya Tajul mahu menjaga perasaan dan menghormati suri rumahnya.
“Soal jaga batas ni kalau boleh memang saya nak jaga la. Sebenarnya kalau boleh nak elakkan untuk babak-babak melibatkan bersentuhan.
“Tapi misal kata pengarah minta, saya akan fikirkan dahulu. Mungkin kalau saya rasa boleh, saya akan buat. Tapi kalau saya sendiri tak selesa, saya tak buat la.
“Sebab saya pun kena hormat isteri… bukan takut tapi lebih kepada menghormati bini kita. Sebab isteri saya pun akan tengok lakonan saya.
“Jadi, saya rasa tak best la bila dia tengok dan terasa ke… walaupun berlakon, mestilah ada sikit perasaan cemburu. Tipulah kalau perempuan tak ada rasa tu,” katanya kepada Gempak.
Tajul ditemui ketika sidang media dan pra tonton drama siri iQIYI, Sorry Naik Lori di DADI Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara itu, Tajul turut memberitahu isterinya juga tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk berlakon asalkan dia tahu menjaga batas sebagai seorang suami.
“Isteri tak pernah pun luah rasa cemburu sebab dia profesional. Tapi saya sendiri faham sendiri bila tengok reaksi dia.
“Sebagai suami, kita kena tahu apa yang bini kita suka dan tak suka apa yang kita buat. Isteri saya pun ok saja saya nak berlakon dengan mana-mana pelakon wanita.
“Asalkan saya pandai bawa diri dan jaga batas, Insya-Allah tak ada apa masalah… saya pun tak pening, boleh kerja dengan tenang dan tak stres,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kahwin Ketika Usia 19 Tahun, Tajul Arif Kongsi Tips Untuk Rumah Tangga Bertahan - “Kena Bersiap Sedia Tiga Perkara Iaitu…”

gempak
11/04/2023
06:50 MYT
Semoga Tajul dan isteri kekal hingga ke jannah.
Laman Utama

Perubahan Wajah Isteri Tajul Ariff Jadi Perhatian - “Saya Yang Suruh Sendiri…”

gempak
05/04/2023
03:50 MYT
Patutlah nampak makin cantik isteri Tajul.
Laman Utama

Cermin Almari Pecah, Isteri Trauma Lihat Tangan Tajul Tersusuk Kaca - “Ya Allah Koyak Betul I Tengok Macam Tu…”

gempak
20/12/2022
07:25 MYT
Semoga cepat sembuh!
Laman Utama

Mengusung Rindu Dirakam Semula Versi Orkestra, Tajul Rasa 'Semangat' Arwah Achik Ada Bersama

gempak
05/08/2022
08:55 MYT
Mengusung Rindu 2022 dinyanyikan semula oleh Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan.
Laman Utama

"Kami Beraya Tanpa Kehadiran 2..." - 12 Tahun Achik Spin Pergi, Tajul Rindu Arwah Abang

gempak
08/05/2022
01:50 MYT
Tajul rindu arwah abang