Gelanggang Gegar Vaganza 7 (GV7) akan dibuka dalam tempoh 24 jam dari sekarang. Tepatnya, pertempuran 14 peserta yang pertama kali bertemu di pentas program hiburan paling hangat di Malaysia ini akan bermula pada Ahad setiap 9 malam ecara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Sehari menjelang GV7, para peminat setiap peserta sudah memulakan 'perang' atau kempen sokongan yang tak berbelah bahagi.

Gempak yang meninjau ruang Instagram beberapa peserta GV7 melihat banyak peminat yang sudah teruja dan tak sabar untuk melihat penyanyi kesayangan mereka beraksi di pentas pengenalan esok malam.

Meninjau ke ruang Instagram penyanyi Yantzen yang memakai nama @yantzen_is_back, para peminat meninggalkan kata kata semangat di entri terkininya siang tadi.

Kebanyakan daripada mereka mengucapkan Good Luck buat penyanyi lagu Insan ini.



Sementara itu di Instagram penyanyi Haslinda, @haslinda_sehatisejiwa_official, para peminatnya memberi semangat buat dia kembali ke dunia seni dengan mendendangkan hitnya, Sehati Sejiwa lewat video.

Buat Rozita Izlyn pula selain mendapat sokongan daripada peminat, dia memperoleh sokongan dari salah seorang bekas peserta GV, penyanyi Mazleela.

"Buatlah yang terbaik. Kak Maz doakan anda berjaya sampai ke akhir," begitu antara kata sokongan yang diberi oleh Mazleeza dalam video yang diulang naik Rozita Izlyn semalam.

Terima kasih kepada rakan artis 90-an saya, kak @mazleela72 atas sokongan dan kata-kata semangat ? #rozitaizlyn #rozitaizlyngv7 #teamrozitaizlyn #rozitafamilia #gegarvaganza7 #gegarvaganza2020

A post shared by Rozita Izlyn (@rozitaizlyn_) on


Seorang lagi peserta iaitu Ashira melalui akaun Instagram miliknya, @ashiraaziz juga mendapat sokongan daripada peminat yang tak putus mendoakannya.

"Semoga semuanya berjalan lancar, Good Luck," tulis seorang peminatnya.



Selain mereka, GV7 turut menyaksikan penyertaan daripada Mus, Noraniza Idris, Oja, Nomad, Kumpulan Eva, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Cliff Umar, Aju dan Kumpulan Indigo.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul, Kapsul Gegar Vaganza.

Untuk lima episod pertama, Kapsul Gegar Vaganza akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Konsert mingguan GV7 pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020.

Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live Plus akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.