,
Laman Utama

Makin Mendayu-Dayu! Isma Sane Hadiahkan 'Derita' Versi Baharu - "Tontonan Lebih 33 Juta & Masih Jadi Siulan ..."

Amri Hassan
04/01/2023
12:28 MYT
Lagu Derita nyanyian Isma Sane yang dilancarkan pada 2018 berjaya memperkenalkan namanya ke persada muzik tanah air. Malah, lagu hasil ciptaannya itu menjadi antara lagu popular ketika itu.
Menariknya juga, video muzik (MV) lagu Derita yang dilancarkan pada September 2018 itu sudah mencecah lebih 33 juta tontonan. Satu pencapaian yang cukup membanggakan buat penyanyi dan komposer muda ini.
Selepas muncul dengan beberapa single seperti Kembali (2019), Sepi (2021), Pergi Jauh (2022), Kamu dan Dia (2022), Sayang Sayang (2022), terbaharu Isma Sane kembali melancarkan lagu Derita versi piano dan ‘string’.
Pengarah Beegood Music, Amir Arshad berkata, versi rakaman baharu lagu Derita itu sebagai hadiah kepada peminat setia Isma Sane dan 33 juta penonton MV lagu itu.
“Selepas empat tahun lagu Derita dilancarkan, jumlah tontonan sudah melebihi 33 juta. Ia satu pencapaian yang cukup membanggakan buat penyanyi baharu seperti Isma. Apatah lagi perlu bersaing dengan penyanyi dan lagu baharu ketika itu. Malah, lagu Derita ini juga masih menjadi siulan hingga kini.
“Disebabkan itu, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada peminat dan mereka yang sudah menyokong lagu Derita ini, kami memutuskan untuk membuat rakaman semula. Cuma, sesuatu yang cukup istimewa apabila versi baharu ini adalah menggunakan piano dan ‘string’.
“Kami mahu peminat mendengar lagu Derita ini dari sudut yang baharu dan lebih segar. Kita nak peminat turut sama merasai ‘feel’ dan penghayatan yang disampaikan Isma Sane dalam rakaman versi piano dan ‘string’ ini,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai versi baharu Derita itu, Amir berkata pemilihan instrumen piano dan ‘string’ adalah bersesuaian dengan emosi dan melodi lagu itu.
“Lagu ini benuh dengan emosi jadi ia kena dengan piano dan ‘string’. Saya nak lebih rasa sedih lagi, jadi sebab itulah kami merakamkan semula dengan vokal terbaharu.
“Dalam masa sama, ada juga beberapa bahagian tambahan dalam lagu ini iaitu dari segi lirik. Lagu ini dipilih kerana sudah jadi ‘trademark’ Isma Sane. Apabila dia menyanyikan lagu ini, orang sudah tahu itu dia. Pendek kata, lagu ini sangat dekat dengan peminat Isma Sane,” katanya.
Selain rangka promosi yang diatur untuk Derita versi piano dan ‘string’, pihak Beegood Music turut merancang untuk mengadakan siri jelajah di 10 sekolah dalam negara menerusi program Beegood At School.
“Kami ada merancang untuk pergi jelajah dalam 10 sekolah tapi tarikhnya belum ada lagi. Kani nak membawa elemen ‘education entertainment’. Menerusi sesi itu akan ada juga perkongsian berkenaan kesihatan mental.
“Kami nak membawa beberapa artis termasuk juga doktor untuk menerangkan berkenaan perkata itu. Perancangannya selepas buka sekolah tahun depan. Selain itu, kami juga mengajak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kesihatan mental untuk turut serta,” katanya.
Lagu Derita versi piano dan ‘string’ dilancarkan secara rasmi pada 16 Disember di semua platform muzik digital. Serentak dengan itu MV lagu turut ditayangkan di saluran YouTube Beegood Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Jari Ajaib & Bunyi Piano Memukau, Penonton Meremang! Terpaku Dengan Maksim, Emosi & Persembahan Superb!

gempak
21/02/2023
09:34 MYT
Maksim memang power!
Laman Utama

Pemain Piano Terkenal Dunia, Maksim Mrvica Singgah Malaysia 14 Februari Nanti!

gempak
12/01/2023
08:48 MYT
Tak sabar!
Laman Utama

Penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah, Ibnor Riza Kehilangan Suara & Derita Pelbagai Penyakit, Rakan Mohon Bantuan

gempak
04/01/2023
03:25 MYT
Ibnor Riza dilaporkan sedang mengalami dugaan hidup apabila menderita pelbagai penyakit sehingga menyukarkan dirinya menjalani kehidupan harian.
Laman Utama

[VIDEO]“Lentik-Lentik Je Jari Tu…”- Aafiyah Jadi Pemain Piano Paling Muda, Siti Nurhaliza Sebak Kongsi Cerita

gempak
29/08/2022
04:54 MYT
Siti Nurhaliza Sebak Kongsi Cerita
Laman Utama

“Saya Hampir Nak Jual Piano Kesayangan…”- Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan

gempak
15/08/2022
05:02 MYT
Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan