Lupakan sejenak permainan 'Battle Royal' PUBG kerana Malaysia kini sudah mempunyai permainan perang sendiri yang dibangunkan pelajar Universiti Multimedia.

Apa yang menariknya tentang permainan Chandu: The Malay Regiment ini, ia mengetengahkan wira ikonik negara Leftenan Adnan atau nama sebenarnya Adnan Saidi.

Menerusi gambar dimuat naik laman Cyberjaya Community, permainan itu kini hanya menyokong perisian Windows.

Permainan ini dikatakan masih lagi dalam pembangunan awal dan kini masih dalam proses untuk dimasukkan ke dalam platform stream.

Untuk bermainan permainan ini, pemain harus menyarung peranti Virtual Reality (VR) bersama alat kawalannya.

Anda boleh lihat beberapa gambar memaparkan grafik permainan tersebut.


Untuk rekod, permainan video ini juga pernah memenangi anugerah di pertandingan ITEX 2019.

Pada yang tidak tahu Leftenan Adnan dianggap oleh rakyat Singapura dan Malaysia sebagai wira untuk tindakannya dalam Pertempuran Bukit Candu.

Kisah perjuangannya telah difilemkan pada tahun 2000 yang dilakonkan oleh oleh Hairie Othman.