Laman Utama

Makin Takut Laju, Remy Ishak Dah Kurang Minat Tunggang Motosikal - "Dulu Darah Muda, Sekarang ..."

gempak
Asyikin Mayudin
31/12/2022
06:55 MYT
Sponsor Banner
Makin Takut Laju, Remy Ishak Dah Kurang Minat Tunggang Motosikal - "Dulu Darah Muda, Sekarang ..."
Pernah aktif menunggang motosikal, pelakon Remy Ishak bagaimanapun memberitahu dia kini tidak lagi berminat dengan hobi tersebut.
Remy turut mengakui kemungkinan faktor usia membuatkan dia tidak lagi terbabit dalam melakukan aktiviti lasak itu.
“Sudah tiada, sebab saya takut akan kelajuan. Mungkin disebabkan faktor usia dan juga menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dalam kerja dan juga keluarga.
“Takut cedera dan sebagainya. Dulu darah muda, jadi saya rasa ini adalah proses normal dalam kehidupan manusia.
“Jadi sekarang ini lebih fokus pada tanggungjawab saya yang lain,” katanya kepada Gempak.
Remy ditemui ketika menjayakan sesi temu bual bersama barisan pelakon Harum Malam di Alexis Great Astern Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain Remy, sesi itu juga disertai oleh pengarah filem Dain Siad dan barisan pelakon seperti Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Amanda Ang, Idan Aedan serta dua bintang baharu.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024