gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Terharu Dapat Sokongan Penonton Dari Indonesia, Alya Iman Sedia Kembangkan Karier - “Saya Sangat Bangga”
GAYA HIDUP
Bukan Sekadar Mengajar, Guru Wanita Ibu Kedua Di Sekolah
BERITA
Makkah Dilanda Pencemaran Debu, Jemaah Dinasihat Pakai Pelitup Muka
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Makkah Dilanda Pencemaran Debu, Jemaah Dinasihat Pakai Pelitup Muka

gempak
Gempak
20/05/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Makkah Dilanda Pencemaran Debu, Jemaah Dinasihat Pakai Pelitup Muka
Jemaah haji dinasihatkan supaya memakai pelitup muka berikutan pencemaran debu yang melanda Makkah ketika ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, Indeks Pencemaran Udara (IPU) direkodkan mencecah 180 pada Isnin.
Menurutnya, bacaan kualiti udara pada Selasa tidak menunjukkan perubahan dan keadaan itu dianggap tidak sihat untuk jemaah.
“Cuaca di Makkah ketika ini berdebu. Bacaan IPU semalam (Isnin) agak tinggi, hari ini (Selasa) pun tinggi. Ini berlaku kerana penukaran cuaca ke arah lebih panas.
“Jemaah haji disyor menggunakan pelitup muka apabila keluar ke mana-mana. Perlu berhati-hati dan jaga kesihatan menjelang wukuf nanti,” katanya pada sidang akhbar di Abraj Al Tayseer, Makkah pada Selasa.
Mohd Hisham berkata, suhu di Makkah ketika ini antara 30 hingga 44 darjah Celsius dan dijangka meningkat kepada 50 darjah Celsius dalam masa terdekat.
Katanya, suhu yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan jemaah, oleh itu mereka diminta bersedia dari segi mental dan fizikal.
“Jemaah dinasihatkan untuk mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada cuaca panas dan sentiasa menjaga kesihatan diri,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 141 jemaah sedang menjalani rawatan di Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) dan hospital Arab Saudi.
Ujarnya, 97 jemaah dirawat di Makkah dan 44 di Madinah, manakala 12 jemaah sedang dirawat di hospital Arab Saudi.
Kes-kes yang dirawat melibatkan masalah salur pernafasan, sakit telinga, hidung dan tekak (ENT), penyakit tulang dan otot, penyakit kulit serta masalah gastrointestinal (sakit perut),” katanya.
Menurut Mohd Hisham, Pusat Rawatan TH di Madinah telah mendapat kelulusan permit (tasrih) daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi yang diselaraskan oleh pihak Saudi German Hospital.
Tambahnya, Malaysia merupakan negara ketiga yang menerima kelulusan beroperasi di sektor Madinah.
“Kerjasama strategik dengan Saudi German Hospital adalah untuk memenuhi syarat yang digariskan oleh Kerajaan Arab Saudi, yang mewajibkan semua Rombongan Rasmi Haji melantik syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan swasta tempatan.
“Ia bagi membolehkan pusat rawatan perubatan TH beroperasi sepenuhnya,” katanya.
Beliau sebelum itu memaklumkan bahawa operasi haji bagi musim ini, sama ada di tanah air mahupun di Tanah Suci, berjalan dengan baik.
Menurutnya, seramai 18,453 jemaah telah tiba di Tanah Suci menerusi 62 penerbangan, dengan 17,053 berada di Makkah dan 1,400 lagi di Madinah.
Beliau turut melahirkan rasa dukacita terhadap dua kes kematian jemaah haji Malaysia yang berlaku pada Jumaat dan Isnin lalu.
“Terdapat dua kematian di Makkah. Kedua-dua jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Syariee, Makkah.
“Tabung Haji akan melaksanakan badal haji untuk kedua-dua arwah pada musim haji tahun ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Makkah
#Nasihat
#Muka
#Pakai
#Pencemaran
#Jemaah
#Pelitup
#Debu
#Landa
Must-Watch Video