Pelakon komedi Ieda Moin meluahkan pendapat masyarakat sekarang lebih gemar menonton filem bercorak santai dan ringan.

Menurut Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abdul Moin, 43, filem bercorak santai terutamanya kekeluargaan boleh ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

Malah filem lakonannya Kampung Latah Kena Kuarantin mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga terbitnya sekuel Kampung Latah…The Mummy.

“Dari Kampung Latah Kena Kuarantin, kini Kampung Latah The Mummy, di mana filem ini adalah sebuah filem santai keluarga yang boleh ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

“Cerita ini mempunyai hiburannya yang tersendiri. Orang sekarang kan lagi suka tengok cerita yang ringan dan santai. Maklumlah zaman sekarang, zaman stress, jadi nak hilangkan stress tontonlah filem komedi dari kami,” ujarnya ketika dihubungi.

Membawakan watak sebagai Eton, filem ini mengembalikan teraju utama daripada prekuel, seperti Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah dan Riezman Khuzaimi.

Kampung Latah...The Mummy turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Shashic Iewan, Acong Sweetchild, Jaafar Onn, Wanie Ooi, Souya, Along Kembo, Delimawati, Razak Ahmad, Sharwani Ns, Syuk Sahar, Ilham Abata dan ramai lagi.

Malah dari sudut jalan cerita pula, kelainan yang dipersembahkan adalah kisah fiksyen berkenaan ‘mummy’ dan melibatkan penyediaan prop dan busana yang teliti serta babak yang melibatkan CGI.

Filem Kampung Latah...The Mummy mengisahkan suasana Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya.

Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk.



Saksikan filem komedi seram Kampung Latah...The Mummy dengan melanggan melanggan Astro First di saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Bagi yang ingin menonton filem pertama Kampung Latah Kena Kuarantin, anda juga boleh melanggan kombo Koleksi Opocot! Latah yang menampilkan dua filem iaitu ‘Kampung Latah Kena Kuarantin’ dan ‘Kampung Latah...The Mummy’ dengan harga RM19.90 bermula 25 Ogos.