Pelakon Eyka Farhana sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen selepas memuat naik foto terkini di Instagram (IG).

Foto Eyka memakai dress material satin, berwarna hijau emerald itu kelihatan agak menjolok mata sehingga menampakkan bahagian lurah buah dadanya.

Meskipun tujuan Eyka memuatnaik foto tersebut untuk mempromosikan dress yang dipakainya, tetapi netizen mendakwa ia tidak sesuai kerana terlalu terdedah.

“Wahai wanita...jika ada lelaki menegur cara pemakaian mu, jangan hina dia dan jangan marah dia sebab apa? Dia cuma nak bagitau awak macam mana pandangan seorang lelaki kepada seorang wanita,” nasihat seorang pengikut Eyka.

“Malaikat di kiri kanan is watching…”, tulis seorang lagi.

Netizen turut menasihati Eyka supaya menjaga aurat dan tidak sesuka hati menayang aset kepada lelaki selain daripada suaminya.

“Sebaiknya tutup aurat. Tak kisah la fake ke tak, tak boleh tayang kat orang bukan suami.

“Tutup sikit surat kak kita ni Islam kak.

“Jadi diri sendiri pun kena dedah aurat sampai macam tu sekali ke bang? Yang fake ke yang ori ke dosa tetap dosa. Niat tak menghalalkan cara.

“Hari demi hari aurat macam dah tak ada apa,” antara komen netizen yang kurang senang melihat cara berpakaian pelakon Budak Tebing itu.

Dalam pada itu, ada netizen yang mendoakan Eyka diberikan hidayah dan lebih peka dengan cara berpakaian serta menjaga auratnya selepas ini.

A post shared by EF ✨ (@eykafarhana)