Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan rasa syukur apabila anak perempuanya, Siti Aafiyah selamat menjalani terapi (Occuptional Therapy - OT) selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil.

Menerusi hantaran video di Instagram, Siti, 44, berkongsi momen sebelum Aafiyah di masukkan ke bilik terapi selain berterima kasih kepada pihak hospital dan doktor yang terlibat.

“Alhamdulillah, proses di Occupational Therapy (OT) berjalan dengan lancar. Terima kasih doktor pakar. Insya-Allah Aafiyah segera sembuh.

“Video ini ayah (Datuk K) ambil sebelum Aafiyah masuk bilik OT, tengah memujuk Aafiyah,” kongsinya.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terdahulu, Siti menerusi muat naik di Instagram Stories memaklumkan Aafiyah terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas terjatuh ketika bermain scooter.

“Malang tidak berbau, anak ibu (Aafiyah) jatuh scooter. Kena masuk OT. Doakan semoga Allah permudahkan,” kongsinya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Purnama Merindu itu berkata, dia terpaksa membatalkan beberapa undangan persembahan susulan insiden tersebut.

“Minta maaf kepada client kerana saya terpaksa membatalkan persembahan saya di saat akhir kerana kemalangan yang menimpa anak saya. Doakan semoga semua dipermudahkan,” tambahnya.

Untuk info, rawatan terapi pekerjaan (OT) memberi tumpuan kepada membantu individu yang mempunyai kecacatan fizikal, deria atau kognitif supaya seboleh mungkin mereka dapat berdikari. Ini kerana menerusi OT, keperluan kemahiran seseorang dapat ditingkatkan dan sekali gus meningkatkan kayakinan serta pencapaian diri mereka.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.