Skip to main content

Viral

Malaysia Catat Kes Sembuh Tertinggi 701, Namun Kes Baharu 871 & 7 Kematian Bukan Angka Yang Baik

dgfnewbefunky-collage.jpg
Kes terbaharu wabak COVID-19 di negara kita hari ini mencatatkan sebanyak 871 pesakit.

Sebanyak 866 daripadanya merupakan kes tempatan dan baki 5 kes import.

Jumlah kes keseluruhan di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 20,498 kes.

Untuk perkembangan positif pula, kes sembuh baharu hari ini mencatatkan jumlah sebanyak 701 kes yang merupakan kes sembuh tertinggi setakat ini menjadikan jumlah sembuh keseluruhan sebanyak 13, 262 kes.

Jumlah kes aktif setakat ini adalah 7,049 dengan 86 pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 28 pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 7 kes kematian baru hari ini menjadikan jumlah keseluruhan  kematian di Malaysia akibat wabak ini sebanyak 187 kes.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mengamalkan semua langkah pencegahan dengan betul dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
 

Kredit Foto : Sinar Harian
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement