,
Berita

Malaysia Tangguh Hantar Jemaah Haji Tahun Hadapan

Asraf Aided
11/06/2020
10:37 MYT
Kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk menangguhkan penghantaran jemaah haji pada tahun ini ekoran krisis COVID-19.
Memetik laporan BH Online, perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam sidang media yang diadakan di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, keputusan itu dibuat atas dasar mengambil kira aspek kesihatan rakyat Malaysia.
"Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bagi haji 1441 H ditangguhkan ke tahun hadapan.
"Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penagguhan haji ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Zulkifli juga mengatakan jumlah kuota jemaah haji tahun hadapan akan bergantung kepada perbincangan dengan pihak kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.
Terdahulu, Zulkifli juga pernah memaklumkan, angka jangkita COVID-19 melebihi 100 ribu di Arab Saudi juga memerlukan kerajaan Malaysia untuk membuat pertimbangan membenarkan jemaah ke Makkah ataupun tidak.
Sumber : BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

gempak
20/08/2024
06:55 MYT
Tampil dengan penampilan berhijab, pelakon jelita, Nora Danish berkongsi perjalanannya dalam usaha berhijrah ke arah lebih baik.
Hiburan

Raja Azura Sudah Berhijab - “Saya Lakukan Dengan Ikhlas…”

gempak
14/08/2024
21:55 MYT
"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah," kata pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.
Viral

Kecoh Video Lama Jadi Bahan Fitnah Masyarakat Dunia Terhadap Agama, Netizen Desak Usahawan Tampil Perjelas

gempak
28/07/2024
08:25 MYT
Menerusi muat naik di platform X, tular beberapa rakaman yang memaparkan beberapa aksi kurang senang jemaah lelaki yang dikatakan menggugat keselamatan jemaah wanita di Masjidil Haram.
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Hiburan

Peguam Maklum Kes Cerai Harith Iskander, Jezamine Ditunda

gempak
12/07/2024
07:25 MYT
Bercakap kepada Gempak, perbicaraan yang dijadual berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 15 Julai ini akan ditunda ke satu tarikh lain.