Laman Utama

“Malu Sangat Rasa Bila Masjid Ni Ada Letak Nama & Ayat Selalu Saya Guna” - Hafiz Mahamad Tersentuh Lihat Perkembangan Masjid Di Kampungnya

Izwan Isa
01/02/2022
11:50 MYT
Usahawan popular, Hafiz Mahamad mengakui terkejut selepas mendapat tahu Masjid Ismail Petra Banggol Kota Bharu, Kelantan mengabadikan nama serta ayat yang selalu digunakannya, ‘Kejayaan Demi Kebahagian’ pada pintu masuk utama.
Menurut Hafiz, tiada apa yang diinginkannya selain doa orang kampung yang banyak membaik pulih masjid berkenaan.
“Malu sangat rasa, bila masjid ni ada letak nama dan ayat selalu saya guna ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’. Tak ada apa saya nak, selain doa-doa orang kampung saya.
“Sumbangan saya kecil berbanding orang kampung dekat sini. Syukur, saya dpt tgk Masjid Banggol Kota Bharu, Kelantan ni.
“Selesa orang kampung sini solat dan join program masjid. Saya ada suggest untuk mereka aktif ceramah dekat online platform, barang untuk live nanti saya akan sponsor. Insya-Allah besar dakwah mereka nanti,” katanya.
Hafiz menambah, dia niatkan bantuannya untuk semua dan juga arwah sahabatnya.
“Saya niatkan untuk semua dan arwah sahabat saya. Hidup bukan untuk kaya tapi, untuk sama sama rasa ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan respons positif terhadap perkongsian Hafiz itu.
“Walaupun bukan orang area Pantai Cinta Bulan atau berdekatan dekat sana, tapi jauh di sudut hati ini ingin menjejakkan kaki ini ke masjid ini. Semoga masjid ini dapat memberikan 1,001 makna yang bermanfaat kepada orang ramai. Kejayaan Demi Kebahagiaan,” ujar seorang netizen.
“Cantiknya masjid ni, Hafiz bagus orangnya. Saya doakan Hafiz berjaya dunia akhirat, tolong ramai lagi orang. Insya-Allah balasan Allah akan bagi untuk Hafiz sekeluarga,” respons seorang lagi pengikutnya.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan

gempak
24/07/2024
20:47 MYT
Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.
Viral

Suruh Berhenti Bercakap, Bapa Mek Yun Dipuji Netizen Sebab Hormat Laungan Azan - “MasyaAllah Terbaiklah Pok”

gempak
09/07/2024
02:50 MYT
Pempengaruh yang dikenali kerana petah berbahasa Melayu dalam dialek Kelantan, Mek Yun sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan konten yang dimuat naik.
Viral

Rider Selamba Tayang 'Anu' Depan Masjid

gempak
09/07/2024
00:55 MYT
Perbuatan seorang penghantar barang (rider) selamba melakukan aksi tidak senonoh terhadap dua wanita di depan masjid mengundang perhatian ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Hiburan

PU Riz Dilantik Jadi Duta Masjid Di Kubang Kerian - "Komitmen Saya Lebih Pada Membantu Cari Dana & Sedekah..."

gempak
08/07/2024
21:17 MYT
Pendakwah selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, dilantik menjadi Duta Wakaf Program Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian, Kelantan.
Filem

Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya Dilahirkan”

gempak
19/06/2024
05:55 MYT
Pelakon Aedy Ashraf meluahkan perasaan gembira apabila penantiannya untuk berlakon menggunakan loghat Kelantan dalam naskhah seni akhirnya tercapai.