Laman Utama

"Malulah Nak Bergelek, Buat Gimik Pengsan..." - Sedar Status Diri, Kak Ell Mahu Jadi Usahawan Bersih Kontroversi!

gempak
Amri Hassan
16/10/2022
08:50 MYT
Sponsor Banner
"Malulah Nak Bergelek, Buat Gimik Pengsan..." - Sedar Status Diri, Kak Ell Mahu Jadi Usahawan Bersih Kontroversi!
Usahawan dan pengasas produk kecantikan Kak Ell yang popular dengan tagline "Memang Cantik" enggan terikut-ikut dengan cara pemasaran produk menggunakan gimik dan taktik viral di media sosial.
Bukan caranya bergelek atau mencipta kontroversi semata-mata untuk menaikkan jenama sendiri, kata Kak Ell atau pemilik nama sebenar Sharmila Johan, 41, dia lebih selesa membina empayar bisnes dengan cara tersendiri.
"Saya rasa itu bukan saya, kita buat apa kita suka. Itu bukan sayalah. Bukan sebab malu, tapi bagi saya berniaga ni perlu ada 'proud' atas diri kita juga. Takkanlah kerana duit nak buat semua itu (viral).
"Mungkin disebabkan faktor usia juga, saya tak semuda seperti founder produk lain. Dah 41 tahun... dan saya pemalu sikit. Saya rasa saya tak ikut trend.
"Memanglah betul kalau buat gimik, pengsan masa launching produk boleh sebenarnya, mesti akan viral. Tapi saya tak naklah dikenali dengan viral, biar orang kenal saya sebagai usahawan.
"Menjadi pengasas produk tak sama pada tanggapan semua orang. Saya tak nak dipandang sebagai founder produk biasa, tapi nak dipandang sebagai usahawan," ujarnya kepada Gempak.
Kak Ell ditemui pada majlis Kak Ell Fantasy Night di Doubletree by Hilton, Shah Alam pada Sabtu sempena ulangtahun keempat produknya sekali gus meraikan stokis dan ejen berjaya membuat jualan tertinggi sepanjang tahun.
Turut dilancarkan produk ke-48 syarikat miliknya yang dipanggil sebagai Fairy Glow Oil, sebuah produk saiz poket yang berasaskan gabungan lima minyak terpilih.
Produk terbaharu ini boleh digunakan sekali dengan Glowing Day Cream Kak Ell yang dilancarkan bulan lalu.

Kak Ell tak nak jadi usahawan viral

Dalam pada itu, tegas Kak Ell, dia tidak pernah terfikir untuk membuat gimik viral biarpun pernah beberapa kali dicadangkan demi mencipta nama lebih pantas.
"Saya berstatus ibu dan isteri, mungkin jiwa saya bukan macam tu. Jadi saya tak pernah terfikir untuk buat viral. Tak mengapalah ini cara kita.
"Ramai usahawan di Malaysia, yang betul-betul berjaya kita tak kenal pun tapi lebih kenal yang viral. Tapi bagi saya yang viral ini tak lama sebenarnya.
"Nak membina perniagaan dengan sendiri itu memang susah tapi kita akan dapat penghormatan daripada orang sekeliling. Tak adalah ejen datang marah-marah. Bina perniagaan tak sama bina nama viral. Kalau saya buat viral tu bukan sayalah. Saya malulah...
"Kalau kita ada usaha, perlahan-lahan kalau naik dengan nama bersih, orang akan lebih respek. Saya tak nak orang merujuk saya sebagai usahawan viral. Saya fikir jangka panjang.
"Mereka setia dengan saya pun mungkin kerana mereka selesa. Kadang-kadang mereka segan kalau founder produk mereka over sangat. Ada berbilang bangsa buat bisnes dengan saya, kerana apa? Kita mencipta ruang bisnes korporat dengan mereka," tambahnya.
Untuk rekod, tahun lalu, syarikat yang ditubuhkan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini telah mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live