Laman Utama

“Mama Adalah Ibu Terbaik Yang Dikirim Allah” - Cik B Sebak Kenang Pengorbanan Vida Membesarkan Anak

gempak
Shahrin Zulkifle
10/03/2023
13:00 MYT
Sponsor Banner
“Mama Adalah Ibu Terbaik Yang Dikirim Allah” - Cik B Sebak Kenang Pengorbanan Vida Membesarkan Anak

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida, Cik B gagal menahan air mata apabila mengenang kembali pengorbanan ibunya dalam membesarkan dia dan adiknya, Kacak.

Kata Cik B, dirinya kurang mendapat kasih sayang sejak kecil memandangkan ibunya begitu sibuk dengan urusan perniagaan selain tiada ayah di sisi.

Bagaimanapun, perasaan sedih itu bertukar setiap kali dia mengenang semula jasa ibunya itu.

“Saya memang daripada kecil rasa kurang kasih sayang. Mama saya seorang business woman, dia sangat sibuk kerana perlu ulang alik ke Kuala Lumpur.

“Saya pula tiada ayah, tinggal berdua dengan adik di rumah. Saya pernah menangis bila kenang semula pengorbanan mama untuk besarkan saya dan Kacak.

“Kalau bercakap pasal perhatian memang daripada kecil kurang, tapi everytime ingat jasa mama, saya akan mulai menghargai dia,” katanya kepada Gempak.

Cik B berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media lagu terbaharunya berjudul Doakan yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam pada itu, Cik B turut menyifatkan ibunya sebagai seorang wanita tabah yang dikirimkan oleh Tuhan buatnya.

Malah, dia turut menyimpan hasrat untuk menjadi wanita sekuat ibunya.

“Mama adalah seorang yang ibu yang terbaik Allah kurniakan kepada saya. Mama adalah seorang ayah, seorang kakak, seorang kawan kepada saya.

“Mama juga tak pernah jentik saya, cubit ke semua itu tidak pernah dia buat. Mama seorang ibu yang hebat.

“Harap-harap saya dapat jadi macam mama suatu hari nanti,” tambahnya lagi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024