Ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff meluahkan rasa gembira apabila anaknya kini dikatakan menjalinkan hubungan percintaan bersama aktor Aiman Hakim.
Menerusi entri di Instagram story (IG), Maslinda mendoakan agar hubungan anaknya bersama Aiman akan kekal hingga ke syurga.
"Semuanya Allah yang aturkan, mama dan ayah doa semoga kekal hingga ke Jannah," tulisnya.

Hubungan diantara Aiman dan Zahirah mula menjadi bualan netizen apabila mereka berkongsi gambar bersama-sama di akaun media sosial masing-masing.
{BACA: "There Is Only You And Me" - Aiman Hakim Bercinta Dengan Zahirah Macwilson?}
Di ruangan komen, ramai yang beranggapan mereka sedang menjalin hubungan cinta berdasarkan foto mesra dan kapsyen yang ditulis.
Netizen juga beranggapan yang Aiman dan Zahirah secocok untuk menjalinkan hubungan, sama cantik, sama padan!
Sebelum ini, Aiman pernah bergandingan dengan Zahirah dalam drama bersiri Demi Cinta Ain pada 2016 tetapi bukanlah sebagai hero dan heroin.
Setakat ini, belum ada penjelasan lanjut dari kedua-dua pihak.