Laman Utama

#MamiPiqahCorner : Anak Main Gajet Sampai Juling Ketika PKP? Dilema Ibu Bapa, Tak Bagi Kesian…Anak Pula Bosan Tak Boleh Keluar…

gempak
Syafiqah Jalal
19/02/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner : Anak Main Gajet Sampai Juling Ketika PKP? Dilema Ibu Bapa, Tak Bagi Kesian…Anak Pula Bosan Tak Boleh Keluar…
NOTA: #MamiPiqahCorner merupakan pandangan peribadi penulis dalam membincangkan mengenai isu kekeluargaan serta permasalahan yang sering dihadapi ibu bapa dalam membesarkan anak-anak seiring dengan peredaran dan kemodenan semasa --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah masa yang agak mengujikan baik buat ibu bapa mahupun anak-anak. Ini kerana dalam tempoh ini aktiviti anak-anak di rumah agak terhad kerana mereka tidak dapat keluar bermain serta mengambil angin ke pasaraya seperti sebelum ini.
Mami Piqah runsing, kerana bila anak-anak mula bosan berada di rumah, telefon pintar, tab dan televisyen lah menjadi peneman mereka seharian jika tidak dikawal. Tak bagi kasihan pula…
Anak-anak pula jika tidak dikawal, pasti akan hanyut dengan rancangan kartun di televisyen, show kesukaan mereka Youtube atau game yang mereka main dan lihat di dalam gajet masing-masing.
Mami Piqah faham sangat situasi ni, ibu bapa pula sibuk dengan kerja mereka masing-masing dan apabila mahu anak-anak duduk diam dan tidak menggangu urusan mereka, pasti gajet jalan penyelesaiannya.
Isu gajet dan anak-anak ini telah lama dibincangkan dan banyak pakar dan ibu bapa tahu akan keburukkannya jika ia diberikan secara tidak terkawal.
Malah dari pengalaman ibu bapa sendiri sebelum ini gajet telah memberi banyak akibat buruk kepada anak mereka seperti rabun, speech delay dan sebagainya.
Terbaharu, Mami Piqah terkejut bila ada seorang ibu berkongsi kisah anaknya yang berusia lima tahun yang dilahirkan normal tiba-tiba mengalami masalah mata juling. Semuanya gara-gara gajet yang diberikan tanpa kawalan sejak PKP Mac tahun lalu.
“Saya perasan mata anak saya juling. Mulanya saya fikir dia sengaja buat-buat mata dia macam tu,” kata ibu tersebut.
Ibunya cemas dan anaknya telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan serta beberapa rawatan. Doktor mengesahkan mata anaknya sudah juling dan meminta anaknya untuk memakai kaca mata bagi memulihkan matanya yang juga rabun.
Lebih cemas lagi, jalan terakhir doktor memberitahu anak perempuanya itu perlu menjalani pembedahan mata.
“Doktor kata cara terakhir sekali adalah melakukan pembedahan mata. Tapi tak boleh lakukan sekarang kerana nak kena tahu saraf mana yang rosak terlebih dahulu,” kata ibu malang itu. Mami Piqah faham... ibu mana yang nak lihat anak mereka menderita begitu sekali…Tapi benda sudah jadi, sesal pun tiada gunanya lagi.
Ibu itu pun menasihatkan ibu bapa di luar sana agar perkara yang sama tidak berlaku kepada anak mereka.
“Sebagai seorang ibu, pesan saya pada ibu bapa lain kalau boleh elakkan gajet atau telefon bimbit dari anak-anak.
“Doktor kata, kalau demam boleh makan ubat tapi mata tiada ubat dan mungkin akan ambil masa yang lama,” pesannya.
Melihat kepada masalah anak-anak dalam tempoh PKP ini, Mami Piqah cadangkan pada ibu bapa supaya cuba sediakan jadual penuh harian mereka di rumah. Jadual ini penting supaya aktiviti bermain dan belajar mereka seimbang dan dalam masa yang sama ibu bapa yang Working From Home (WFH) juga boleh pantau dari semasa ke semasa.
Dalam jadual tersebut, perlu lah lengkap dengan aktiviti pembelajaran, bermain, bersukan, bermain gajet dan melakukan aktiviti kerohanian seperti solat dan mengaji.
Mami Piqah faham adalah mencabar buat ibu bapa untuk mendidik serta membimbing anak dalam tempoh sekarang ini. Apa yang penting kita cuba lakukan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga selagi mampu.
Foto sumber: Facebook Rohaya Mohd Nor, Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live