Bukan mudah untuk mengasingkan tempat tidur anak yang masih kecil meskipun usia mereka sudah memasuki 3 tahun ke atas.

Mami Piqah percaya pasti ramai ibu bapa yang masih menghadapi masalah setiap kali hendak melakukan proses memisahkan tempat tidur.

Sama ada ibu bapa sendiri bimbang bila berjauhan dengan anak mereka atau anak-anak itu sendiri tidak mahu tidur bersendirian.

Namun jika ibu bapa masih tiada pilihan dan terpaksa tidur bersama anak-anak pasti ia banyak perkara yang perlu diambil perhatian.

Seorang pengguna laman Facebook yang sering berkongsi mengenai pendidikan anak dan keluarga berkongsi enam perkara yang perlu diambil perhatian jika ibu bapa masih tidur bersama anak-anak.
  1. Jangan tukar baju di hadapan anak. Jika anak ada dalam bilik, bawa baju dan tukar di tandas.
  1. Elakkan terjah keluar dari bilik dalam keadaan berkemban atau berboxer jika anak ada dalam bilik. Bawa baju siap-siap , tukar dalam bilik air.
  1. Jangan buat hubungan suami isteri di hadapan anak meskipun anak tidur dan masih kecil. Bahaya kalau anak ternampak.
  1. Didik anak dan diri sendiri ketuk pintu sebelum masuk, anak lihat , anak ikut.
  1. Berjaga-jaga dengan sentuhan berunsur seksual dan intim di depan anak-anak.
  1. Usahakan sediakan tilam lain atau baby cot untuk anak tidur. Bilik sama, compartment berbeza. Latihan untuk anak supaya senang untuk mereka tidur di bilik sendiri nanti.

Mami Piqah rasa perkara yang dikongsikan itu memang patut diberi perhatian setiap ibu bapa. Namun seelok-eloknya cuba pisahkan tempat tidur anak ke bilik tidur mereka seawall usia 3 tahun.

Bukan apa kan, ibu bapa pun perlu ada privasi sebagai suami isteri. Betul tak?

Foto kredit: Google