Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Lama Terperuk Dalam Rumah, Anak Pun Boleh Burnout? Ini Tandanya!

gempak
Syafiqah Jalal
27/07/2021
09:48 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner: Lama Terperuk Dalam Rumah, Anak Pun Boleh Burnout? Ini Tandanya!
Bila cakap mengenai ‘burnout’ pasti kita kaitkan dengan orang dewasa yang terbeban dengan tugasan kerja atau tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Namun pernah tak anda terfikir anak kecil juga boleh ‘burnout’? Ya, anak kita juga boleh alami masalah lesu dan tidak bersemangat ini.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada mental semua golongan termasuk kanak-kanak.
Mami Piqah terkejut apabila ada seorang ibu ini berkongsi mengenai anaknya yang baru berusia 5 tahun namun sudah mula rasa ‘burnout’ gara-gara terlalu lama terperuk di dalam rumah.
Ibu yang menggunakan nama Maryam Jamadi di dalam laman Facebook miliknya berkongsi perubahan serta ciri-ciri yang disedari ada pada anaknya yang membuatkan mereka sudah ‘burnout’.
ANAK "BURNOUT"
“Eva nak tidur bilik Mummy boleh"
Minggu lepas anak saya, Eva (5 tahun) tiap-tiap malam menangis nak tidur dalam bilik saya. Sedangkan dah setahun lebih dia tidur dalam bilik dia sendiri, tak ada masalah.
Bukan itu sahaja, ada juga saya perasan Eva:
1. Tidak mahu berseorangan. - Sedangkan sebelum ini Eva elok sahaja main puzzle atau mewarna seorang diri dalam bilik semasa saya tidurkan adiknya.
2. Kurang fokus. - Bila buat apa-apa aktiviti mula mudah hilang fokus. Kalau sebelum ini, Eva akan buat 1 aktiviti sampai habis baru tukar aktiviti lain. Minggu lepas, kalau aktiviti mewarna tak habis lagi 1 muka surat terus buka muka surat lain. Buat sekerat-kerat.
3. Cepat bosan. - Sebelum ini hampir setiap hari Eva bawa buku minta saya bacakan tetapi kali ini belum habis saya baca satu buku dah bosan.
4. Mula rasa tidak seronok buat aktiviti yang dia rasa seronok dahulu. Eva suka melukis tapi baru-baru ini dia dah mula rasa tidak seronok melukis. Asyik kata "Eva tak pandai".
5. Terlebih sensitif. - Mudah menangis, tiba-tiba air mata bertakung. Hari itu Eva kata dekat saya "Mummy dah lama tak bawa Eva beli barang".
Iyalah sejak PKP hari itu, tiap minggu saya yang akan keluar seorang diri beli barang keperluan rumah. Dah hampir 2 bulan Eva tak keluar ke kedai. Rasa serba salah sangat.
Memang saya nampak Eva mula stress dan nampak kurang idea nak buat aktiviti di rumah. Kalau tak sebelum ini, macam-macam projek dia nak buat.
Mami Piqah simpati dengan nasib anak-anak sekarang, mungkin kita hanya fikir tekanan yang kita alami sahaja tetapi sebagai anak kecil mereka juga terseksa.
Mana tidaknya, mereka juga duduk rumah berbulan-bulan, tak berpeluang keluar jumpa kawan-kawan, tak dapat pergi ke tempat yang baru dan jadi bosan kerana hari-hari buat rutin yang sama di dalam rumah.
Sedangkan, itu bukan fitrah kanak-kanak yang normal. Mereka juga sedang cuba untuk hidup dalam norma baharu yang sebenarnya tidak normal sebagai manusia.
Jadi Mami Piqah rasa sebagai ibu bapa kita perlu beri lebih banyak perhatian kepada mereka serta memahami perasaan mereka supaya dapat membantu memulihkan rasa ‘burnout’ anak-anak.
Sumber: FB Maryam Jamadi Foto: Today's Parent
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024