Skip to main content

Hiburan

Ifa Raziah Seronok Fazura Hadiahkan Beg ‘Limited Edition’, Lain Pula Diperhatikan Netizen - “Yang Belakang Macam Awkward”

Fazura

Sekilas

  • Nur Fazura menghadiahkan beg limited edition kepada Ifa Raziah yang kelihatan sangat gembira menerima pemberian itu.
  • Netizen lebih tertumpu kepada kehadiran pelakon Salina Saibi yang berdiri di belakang Ifa, memandangkan Salina pernah bersuara mengenai isu perceraian Fazura dan Fattah Amin.
  • Fazura dan Fattah Amin berkahwin pada 2017 dan bercerai pada Oktober tahun lalu, serta dikurniakan seorang anak perempuan berusia lima tahun.

Tular di aplikasi Threads memaparkan momen aktres, Nur Fazura yang menghadiahkan beg kepada selebriti dan usahawan iaitu Ifa Raziah.

Menerusi rakaman video Instastory yang dimuat naik semula @bysaffri, dapat dilihat Ifa begitu gembira dengan pemberian daripada Fazura itu.

“Sinilah nak peluk. Terima kasih, Fazura bagi saya beg limited edition.

“Nampak tak? Kau ada? Kau tak ada tau tapi aku ada,” kata Ifa Raziah.

Walau bagaimanapun, lain pula yang menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya lebih tertumpu kepada individu yang berdiri di belakang Ifa iaitu pelakon, Salina Saibi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan situasi tersebut sedikit janggal buat Salina yang sebelum ini pernah bersuara mengenai isu perceraian Fazura dan bekas suami, Fattah Amin.

Sebelum ini, Salina pernah meminta supaya Fazura untuk berdiam dan berhenti daripada membuat sebarang perkongsian mengenai isu perceraiannya di ruangan komen sebuah portal hiburan

Untuk rekod, Fazura dan Fattah pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 sebelum mereka disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement