Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Pelukan, Serius! Doktor Ini Dedah Teknik Ajaib Jauhkan Anak Dari Penyakit

gempak
Syafiqah Jalal
11/08/2022
10:16 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner: Pelukan, Serius! Doktor Ini Dedah Teknik Ajaib Jauhkan Anak Dari Penyakit
Sekarang ini ibarat seperti berada dalam musim penyakit apabila orang sekeliling kita pasti ada yang kurang sihat dengan jangkitan pelbagai wabak yang bukan sahaja Covid-19.
Ibu bapa adalah orang yang paling bimbang apabila anak jatuh sakit, ibarat luluh dan susah hati mereka sampai tak tidur malam menjaga si kecil!
Mami Piqah faham pasti ibu bapa sudah berikan yang terbaik melindungi serta memberikan makanan yang mempunyai zat dan vitamin yang tinggi untuk mengelak daripada anak-anak sakit.
Namun rupanya ia belum cukup lagi untuk menjauhkan anak-anak dari penyakit kerana Mami Piqah tertarik kepada satu tulisan dari seorang doktor ini.
Dr Ahmad Luqman Bukhari menerusi ciapan dan thread di Twitter miliknya berkongsi bertapa pentingkanya pelukan dan sentuhan fizikal pada anak-anak demi menjaga emosi dan kesihatan mereka.
“Kadang tu memang la kita dah usaha jaga bab makan. Kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat tapi kita terlupa nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.
“Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, murah benar dijangkiti penyakit sebab stress tu sendiri beri kesan tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.
“Sebab tu la kena tahu yang selain kerap cuci tangan, dapatkan rehat yang cukup dan elakan bertmu orang yang tengah tak sihat, rupanya selalu dipeluk dengan kasih sayang ni dapat jauhkan kita dari dijangkiti penyakit,” tulisnya.
Menurut Dr Ahmad Luqman, teknik itu rupanya fakta yang sudah dibuat kajian oleh saintis di Amerika Syarikat.
Lalu Dr Ahmad menyarankan ibu bapa agar mencuba teknik yang betul bagaimana hendak memberikan pelukan dan sentuhan fizikal kepada anak-anak.
“Serius! Saya sendiri pun rasa teruja betul bila dapat tahu tentang fakta yang menakjubkan ni.
“Ada satu research yang diketuai oleh Sheldon Cohen, Profesor Psikologi dekat Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat. Mereka lakukan satu study dan temui golongan yang kerap stress ni dan bila dipeluk dan diberi sokongan moral, keberangkalian untuk terkena jangkitan demam selsema jadi lebih rendah berbanding golongan yang stress dan bersendirian tanpa kasih sayang. Kajian ini ada dipamerkan dalam Jurnal Psychology Science.
“Saya nak sarankan pada mak ayah semua kit ani bukan sahaj perlu cakap kita sayang pada is kecil malah perlu tunjuk dengan sentuhan dan pelukan
“Masa nak peluk tu, turunlah melutut dulu…biar mat akita dan mata anak tu selaras atau satu level. Kemudian peluk dan rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.
“Insya-Allah bila kita selalu peluk dan beritahu yang kita sayang sangat pada mereka, kesihatan emosi dan fizikal si comel tu akan jadi lebih baik dan tak mudah jatuh sakit,” kongsinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live