,
Laman Utama

#MamiPiqahCorner: “Saya Menangis…Tak Kuat..”- Tak Sampai Seminggu PdPR, Ibu Dah Mengadu Kembali Stress!

Syafiqah Jalal
21/05/2021
12:09 MYT
Mood Raya tahun ni mungkin sedikit berbeza…Selepas kerajaan melarang kunjung mengunjung sempena Aidilfitri, ibu bapa pula terpaksa membuat persiapan untuk anak-anak menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau kelas online bagi sesetengah sekolah di seluruh negara.
Mami Piqah faham bukan mudah untuk kembalikan mood memantau anak bersekolah dari rumah ini…Ia perlulah mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang kuat.
Tengok sahajalah dari pengalaman yang lalu, perlaksanaan PdPR telah membebankan ibu bapa yang terpaksa menguruskan banyak hal di rumah dan dalam masa yang sama ada yang perlu bekerja.
Kini tak sampai seminggu PdPR, ramai ibu bapa yang sudah mengeluh dan penat apabila terpaksa memantau pembelajaran dan kerja sekolah anak di rumah.
Terbaharu, tular seorang guru memuat naik perbualan seorang ibu yang akui tidak kuat dan menangis kerana tidak tahan mengendali PdPR anaknya yang bukan sahaja seorang tapi dua orang.
“Jujur saya cakap saya menangis ustazah… Saya tak kuat Allahu…Dengan anak-anak ni macam-macam ragam nak siapkan tugasan.
“Dua orang anak saya kena handle… Berkongsi telephone saya Tak tahu dengan siapa saya nak mengadu…” keluh seorang ibu.
Guru atau ustazah itu berkongsi keluahan ibu tersebut kerana turut simpati dengan nasib mereka. Malah guru tersebut akui beliau juga cukup tertekan kerana bukan sahaja perlu mengajar, malah menguruskan juga anak-anaknya yang perlu PdPR.
“Allahhu... Sedihnya rasa... Harapnya 2 minggu ni jelah PdPR... Sungguh ustazah pun tak kuat... Nak pantau anak... Nak pantau anak didik... Tangan dah macam apa... Kejap buka group fiqah... Kejap buka group haziq... Kejap buka group guru... Pening rasa...,” kongsi guru tersebut.
Apa-apa pun, Mami Piqah harap baik ibu bapa mahu pun guru cuba elakkan stress. Cuba berehat dan berhenti sebentar dan tidak perlu memaksa diri.
Bukan mudah, tapi Mami Piqah rasa jika kita buat dengan perlahan dan mengikut kemampuan kita pasti ia tidak mendatangkan banyak tekanan.
Mami Piqah harap semua bertenang dan jangan tertekan kerana apa yang penting kita perlu kesihatan diri dan mental kita juga untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ini.
NOTA: #MamiPiqahCorner merupakan pandangan peribadi penulis dalam membincangkan mengenai isu kekeluargaan serta permasalahan yang sering dihadapi ibu bapa dalam membesarkan anak-anak seiring dengan peredaran dan kemodenan semasa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Bila Anak Saya Buat Hal, Mereka Sergah..” - Hunny Madu Kecewa Masyarakat Jepun Kurang Kesedaran Tentang Autisme

gempak
03/10/2024
23:55 MYT
Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu meluahkan rasa terkilan dengan bentuk layanan segelintir masyarakat Jepun  terhadap anaknya yang juga pengidap autistik, Adam Musa sewaktu bercuti di negara berkenaan.
Hiburan

Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

gempak
02/10/2024
16:23 MYT
Personaliti televisyen dan isteri kepada Da'i Syed, Hana Ismail menzahirkan rasa syukur setelah dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.
Hiburan

Fatima Genap 4 Tahun, Fazura Titip Ucapan Khas - "Mommy Akan Sentiasa Di Sisi Saat Susah & Senang"

gempak
01/10/2024
20:40 MYT
Pelakon jelita Nur Fazura tampil berkongsi hantaran khas sempena ulangtahun kelahiran keempat anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya pada hari ini.
Viral

3 Tahun Kahwin, Suami Terkilan Isteri 'Tak Sengaja' Lakukan Hubungan S*ks Dengan Lelaki Lain

gempak
01/10/2024
09:55 MYT
Kepercayaan semestinya satu faktor utama dalam menjayakan sesuatu perhubungan.
Viral

"Terima Kasih Ganggu Mental Kami" - Netizen Simpati Anak Kieda Crepe Dibuli Di Sekolah

gempak
01/10/2024
08:25 MYT
Usahawan crepe terkenal, Kieda berkongsi sepotong video menasihati anak lelakinya untuk tidak melawan kata-kata dari kawan sekolahnya.
BorakSeeni