Laman Utama
#MamiPiqahCorner: Ubat Batuk Beri Kesan Pada Otak Anak? Doktor Ini Kongsi Petua Hilangkan Batuk Dengan Homemade Remedy
Masalah kesihatan seperti demam, batuk dan selesema zaman kini pasti akan dikaitkan dengan virus Covid-19.
Mami Piqah faham ramai yang bimbang jika pelbagai penyakit hinggap ketika ini. Bagaimana pun masalah kesihatan ini juga ada kaitan dengan keadan cuaca dan persekitaran.
Terutama bagi anak-anak yang baru sahaja mahu membesar, penyakit ini sedikit sebanyak menganggu pembesaran mereka.
Mami Piqah tertarik dengan satu perkongsian dari seorang doktor yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Rizal Abu Bakar di laman Facebook.
Katanya batuk bukan sahaja berpunca kerana terkena virus Covid-19 tetapi banyak faktor lain dan dia mengaku ubat batuk yang berada di pasaran kurang baik.
Malah dia mendedahkan kesan ubat batuk yang didakwa boleh menjejaskan otak terutama bagi kanak-kanak.
“Kali ini saya nak share tentang cara rawat batuk. Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak?
“Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok. Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk.
“Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya.Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain. Cari yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus. Kesan yang tak jahanamkan otak.
“Makan masa untuk saya cari. Saya review jurnal saintifik. Saya baca buku. Saya rujuk mereka yang pakar. Akhirnya, jumpa,” katanya.
Doktor ini berkongsi cara untuk membuat homemade remedy bagi merawat batu terutama kanak-kanak hanya dengan dua bahan.
Caranya ialah:
1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
2. Leraikan lapisan bawang tadi.
3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
7. Ambil satu sudu dan minum.
Menurut doktor itu lagi tujuan ubat itu adalah untuk memudahkan kahak dikeluarkan.
“Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.
Orang putih panggil 'cough syrup.' Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. 'Homemade remedy' untuk batuk. Boleh cuba di rumah,” beritahunya.
Must-Watch Video