Filem lakonan hebat Milla Jovovich dan Tony Jaa, Monster Hunter telah pun mula ditayangkan hari ini.

Menerusi tayangan ini penonton menjadi antara yang bertuah kerana dapat menonton lebih awal!

Tidak perlu ke luar rumah dikala pandemik masih berleluasa.

Jadi apa yang menarik tentang Monster Hunter? Ini yang anda patut tahu.

#1 Live Action Daripada Gaming!

Jangan tak tahu Monster Hunter merupakan filem yang diinspirasikan daripada permainan konsol Playstation.

Permainan ini dihasilkan untuk PlayStation 2 pada tahun 2004.

#2 Masuk Ke Dunia Monster!

Monster Hunter menceritakan sekumpulan pasukan khas yang secara tiba-tiba masuk ke sebuah dunia baru.

Tanpa disedari, dunia tersebut sebenarnya dihuni pelbagai raksasa mengerikan.

#3 Pelbagai Peringkat Monster

Lihat saja trailer filem ini, pasti ramai tergamam melihat kemunculan raksasa yang luar biasa.

Selain hidup dalam pelbagai jenis bentuk, kekuatan raksasa ini diukur daripada saiz mereka.

Makin besar saiznya, makin susah untuk dibunuh.

#4 Pertarungan Antara Manusia & Raksasa

Pasukan khas yang terperangkap di dunia ‘Monster’ ini tiada pilihan selain berdepan dengan raksasa berkenaan.

Berbekalkan senjata yang dibawa daripada dunia asal, mereka terpaksa bertempur dengan hidupan luar biasa ini.

#5 Kemunculan Seorang...

Biarpun kumpulan pasukan khas ini terpaksa ‘berdikari’ melawak raksasa, namun mereka kemudian telah bertembung dengan seseorang yang berkemungkinan terlebih dahulu mendiami ‘dunia’ berkenaan.

Adakah ia musuh atau bantuan yang diharapkan?

Anda wajib tonton filem ini ! Terus dapatkan akses awal dan strim Monster Hunter yang dibintangi Milla Jovovich menerusi Astro Best (Saluran 481).

Anda juga boleh menonton di On Demand Store.

Sambungkan PVR Box atau Ultra Box anda ke Wi-Fi & strim Monster Hunter dalam keselesaan rumah anda.

Alternatif lain, anda boleh muat turun aplikasi Astro GO untuk strim pada bila-bila masa. Ketahui lebih lanjut di content.astro.com.my.