Skip to main content

Selebriti

“Awak Tak Pernah Merungut & Bertekak Dengan Saya…” - Dr Fie

“Awak Tak Pernah Merungut & Bertekak Dengan Saya…” - Dr Fie

Sekilas

  • Dr Afifah Hidayah atau Dr Fie mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Kapten Amrul Nizar, atas sokongan dan kesabaran sepanjang persiapan perkahwinan mereka.
  • Dr Fie menghargai kejutan manis dari Amrul yang menjadikan momen perkahwinan mereka lebih bermakna dan istimewa.
  • Dr Fie pernah berkahwin dengan Nubhan dan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan tersebut sebelum bercerai pada Disember tahun lalu.
Advertisement

Baru sahaja mendirikan perkahwinan, personaliti media sosial,Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menitipkan ucapan serta merakamkan penghargaan buat suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar.

Dr Afifah atau lebih mesra disapa sebagai Dr Fie menghargai kerjasama dan kesabaran Amrul terhadap kerjayanya dan komitmen perkahwinan mereka tanpa sebarang rungutan.

Advertisement

“Buat suami tersayang. Terima kasih sebab sangat sporting sepanjang perjalanan persiapan perkahwinan kita. Saya tahu semuanya agak hectic, penat dan kadang-kadang overwhelming tetapi awak tak pernah merungut apetah lagi nak bertekak dengan saya. Awak cuma follow the flow dan sokong dengan apa sahaja keluarga dan saya rancangkan.

“Saya hargai sangat awak sertai saya buat content, macam dah biasa buat. Terima kasih sebab tak pernah buat saya rasa bersalah dengan kerja dan minat yang saya buat.

“Terima kasih sebab kekal cool dan sabar melayani berjam-jam sesi video dan photoshoot saya. Dari satu angle ke satu angle lain, dari satu video ke satu video lain, awak tetap layan. Terima kasih,”tulisnya.

Advertisement

Dalam masa sama, Dr Fie turut menghargai kejutan istimewa Amrul yang dianggap sebagai momen bermakna buat dirinya.

“Dan paling saya hargai, terima kasih sebab beri kejutan momen manis, awak twirl baju kahwin saya yang cantik itu. Nampak macam simple tetapi momen itu sangat bermakna. Perkara kecil yang buatkan segalanya nampak istimewa.

“Saya tahu bukan mudah nak melayan segala kerenah dan idea saya sepanjang persiapan ini. Namun, awak buat setiap perjalanan ini lebih manis. Terima kasih sebab jadi sokongan terbesar saya, pasangan saya dalam setiap pengambaran dan sekarang, sebagai suami. Saya sayang awak,”ujarnya.

Sekadar info, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama Nubhan pada Ogos 2015 sebelum mereka disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaity Aafiya,9, Ahmad Aafan,7 dan Afzan Nayille,4 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

SOCKSTUDIO Invisible Height increase insole shoes men insole arch support insole tapak kasut pelapik kasut insole men 鞋垫

SOCKSTUDIO Invisible Height increase insole shoes men insole arch support insole tapak kasut pelapik kasut insole men 鞋垫

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

YONEX RUNAWAY TEE

YONEX RUNAWAY TEE

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement