Laman Utama

Man Raja Lawak Hilang Sabar Artis Liat Bayar Hutang RM10,000 - “Perwatakan Baik, Mesra…”

gempak
Asyikin Mayudin
30/10/2023
14:55 MYT
Sponsor Banner
Man Raja Lawak Hilang Sabar Artis Liat Bayar Hutang RM10,000 - “Perwatakan Baik, Mesra…”
Pelawak Man Raja Lawak mendedahkan seorang artis liat untuk membayar hutang sebanyak RM10,000 yang kononnya mahu melangsaikan pada 22 Oktober lalu.
Man menerusi perkongsian di Instagram miliknya berkata dia memberi masa sepanjang hari ini untuk individu itu melangsaikan hutang sebelum identitinya didedahkan.
“Abang cuma nak beritahu kat artis yang kata nak bayar hutang abang pada 22 hari bulan itu, jangan sampai abang hilang sabar… itu saja. Abang dah mudahkan urusan kau patut bersyukur.
“Hari ini kalau tak ada transfer RM10,000 abang, dia sendiri suruh up nama hari itu. Okay abang buat, korang nak tahu siapa? Tunggu,” kata Man.
Tidak mengenali secara rapat, Man pada mulanya mahu menghalalkan saja hutang tersebut namun berubah fikiran kerana berniat untuk mendermakan wang tersebut kepada Tabung Aman Palestin.
“Abang pun bukan rapat sangat dengan dia, kami jumpa pun masa show kat Unisel saja. Tak sangka beb, perwatakan baik, mesra, pergh! Lu memang padu ah.
“Dari abang nak halalkan RM10,000 supaya hidup abang tenang, baik abang bagi kat Tabung Aman Palestin. Abang harap kau tak tenang sekarang,” ujarnya lagi.
Rata-rata netizen meminta Man agar mendedahkans saja identiti artis tersebut memandangkan individu itu sangat liat untuk membayar hutang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live