Kasih suami kepada seorang isteri, pelawak Man Raja Lawak memaklumkan dia menata rias wajah isterinya, Azlina Awaluddin pada setiap pagi.
Menerusi laman sosial Instagram Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim, 45, berkongsi sebuah video rutin menyolek wajah isterinya untuk tatapan umum.
Menurut Man, dia akan melakukan apa yang termampu untuk membuatkan isterinya berlapang dada.
“Selagi boleh buat dia happy. Abang akan cuba sebaik mungkin,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi 20 saat itu, menunjukkan Man sedang melakukan teknik ‘shading’ pada hidung isterinya agar terlihat lebih mancung,
Wajah isterinya sudah siap diletakkan pemerah pipi serta pembayang mata.
Man turut berkongsi wajah jelita isterinya selepas disolek.
Viral
Man Raja Lawak Menyolek Wajah Isteri Setiap Pagi - “Selagi Boleh Buat Dia Happy, Abang Akan Cuba..”