Berita
"Mana Aku Nak Beli Roti? Dah Seminggu Aku Tak Nampak Roti!" - Sharnaaz Ahmad Kecewa Sikap Orang Pentingkan Diri Buat Pembelian Panik
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa hairan dengan sikap individu yang tetap mementingkan diri apabila masih melakukan pembelian panik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Lebih mengecewakan apabila Sharnaaz, 35, memberitahu, sehingga sekarang dia masih gagal untuk mendapatkan keperluan asas seperti roti kerana sering kehabisan stok.
"Roti sampai hari ini aku tak dapat, aku marah.. roti tak nampak lagi, telur tak nampak lagi.
"Kata barang cukup untuk semua, tapi kalau semua yang ada datang beli macam haram jadah, yang belakang-belakang ni nak beli apa, tak akan kami nak beli rak...nak gigit papan rak ke?
"Janganlah pergi beli macam rumah anda itu kedai bakeri. Anda hari-hari makan telur ke? Punyalah pentingkan diri, tinggalkanlah sikit," katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram TV miliknya.
Katanya, dalam situasi sekarang, seharusnya setiap orang membuat pembelian mengikut keperluan sahaja tanpa secara berlebihan.
"Saya nak beli telur sepapan yang 10 tu je, jangan kata roti, biskut lutut pun tak ada. Macam mana aku nak makan? Tak kan hari-hari nak makan coklat, rak coklat je yang bersepah.
"Jangan pentingkan diri anda, mana aku nak beli roti dah seminggu aku tak nampak roti, peti ais aku pun dah nampak macam roti.
"Di mana ada nampak orang jual roti? Tak kisahlah jenama apa, janji roti, komen sikit di bawah," katanya sambil berseloroh.
Sebelum ini, kecoh apabila orang ramai mengadu susah untuk mendapatkan bekalan roti yang sering kehabisan stok.
Bahkan, sebuah syarikat pengeluar kemudian memberi jaminan bahawa bekalan roti akan sentiasa cukup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sambil duduk di rumah, apa kata saksikan drama lakonan Sharnaaz di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Must-Watch Video