Laman Utama
"Mana Jodoh Saya Ni?" - Ini 4 Cara Mudah Nak Bertemu Belahan Jiwa Korang, #4 Tu Wajib Buat!
Selepas pandemik COVID-19, mesti akan ada saja undangan majlis perkahwinan setiap hujung minggu.
Tetapi, dalam banyak-banyak majlis perkahwinan, geng single tak terkecuali! Rasa galau, broken dan macam-macam lagi pasti dah selalu sangat. Tapi tak apa, masing-masing ada jalan hidup sendiri.
Soal jodoh itu ketentuan Ilahi, tapi kita masih perlu ada usaha untuk mencari, sama seperti rezeki.
Advertisement
Misalnya pengantin baru Watie dan Shuib yang mula perkenalan mereka menerusi DM di media sosial saja.
Apa agak-agaknya usaha yang boleh korang buat untuk 'mencari jodoh'?
#1 Media sosial
Media sosial turut memberi peluang untuk orang mencari jodoh. Akaun twitter @twtjodohMY misalnyab mula aktif sejak September 2018. Akaun ini seakan platform periklanan orang yang single dan ingin berpunya.
Admin akaun ini mempunyai syarat untuk hanya Retweet daripada akaun Twitter yang aktif dengan DP gambar diri sendiri yang memberi maklumat lengkap diri sendiri serta apa yang diinginkan dalam pasangannya.
Lebih senang lagi, ada juga orang yang menyediakan GoogleForm bagi mereka yang berminat untuk isikan dan melalui proses pemilihan.
#2 Aplikasi cari jodoh
Zaman ini mempunyai pelbagai teknologi moden untuk memudahkan kerja kita. Antaranya ialah aplikasi dating (dating apps) seperti Tinder.
Untuk orang yang mempunyai niat mencari jodoh yang lebih serius pula, terdapat aplikasi lain seperti Bumble dan Coffee Meets Bagel.
Keunikan Bumble adalah pengguna perempuan yang perlu hantar mesej dahulu dan ini sejurusnya mengurangkan kadar mesej yang bertindak melulu sahaja.
Namun, bagi mereka yang masih inginkan kaum lelaki untuk menghantar mesej pertama, Coffee Meets Bagel (CMB) pula memfokuskan pencarian jodoh dengan tawaran “quality over quantity”, di mana pengguna nyatakan apa yang wajib ada dalam pasangan yang mereka inginkan dan CMB akan padankan maklumat tersebut dengan maklumat pengguna-pengguna lain.
Tetapi, sentiasalah berwaspada apabila menggunakan aplikasi-aplikasi dating dan rancangkan keselamatan diri jika ingin bertemu dengan calon jodoh secara fizikal!
#3 Aktiviti sosial & kemasyarakatan
Cara tradisional ini khas bagi mereka yang tidak suka atau penat mencari jodoh secara digital.
Orang yang termasuk dalam golongan ini perlulah rajin keluar bersosial untuk menemui calon-calon jodoh.
Antara caranya adalah untuk bergaul semasa menghayati aktiviti kegemaran tersendiri. Contohnya, pergi mendaki bukit (hiking), menjadi sukarelawan di acara atau aktiviti kemasyarakatan atau bersukan seperti bermain futsal.
Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti ini, mungkin boleh berjumpa dengan calon jodoh yang suka aktiviti yang sama dan secara langsungnya lebih senang untuk berkenan bersama.
#4 Berdoa & bertawakal kepada Tuhan
Jodoh ialah aspek kehidupan yang berjangka panjang. Betapa lama kita fikirkan pun, tidak semestinya situasi akan berlangsung mengikut cara yang kita fikirkan.
Oleh itu, dalam mencari jodoh, adalah penting bagi kita berdoa dan berserah kepada Tuhan.
Bagi orang Islam, antara ayat al-Quran yang boleh kita gunakan sebagai doa adalah daripada Surah Al-Furqan, ayat ke-74 yang bermaksud:-
Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
Di samping itu, orang Islam yang dalam proses mencari jodoh disarankan agar lapangkan hati, memperbaiki diri dari segi agama dan keperibadian dan redha dengan ketentuan Allah SWT.
Semoganya, dengan usaha-usaha ini, kamu semua jumpa jodoh yang diidamkan dan boleh hidup bahagia bersama!
Penulis: Dinah K
Must-Watch Video