Berita

“Mana Suhakam Ketika Anak Saya Dibunuh?” - Ibu Bapa Zulfarhan

gempak
Firdaus
26/07/2024
09:29 MYT
Sponsor Banner
“Mana Suhakam Ketika Anak Saya Dibunuh?” - Ibu Bapa Zulfarhan
Bapa kepada arwah Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 60, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkaitan kenyataan yang membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh anaknya.

Dakwa Suhakam Ada Agenda Tersendiri

Zulkarnain mendakwa agensi tersebut seakan-akan mempunyai agenda yang tersendiri dalam membantah hukuman mati tersebut.

"Kenapa perlu sekarang? Apa yang cuba mereka sampaikan?

"Suhakam seolah-olah ada unsur politik. Mereka berpolitik demi kepentingan peribadi dan jika tidak ada kepentingan peribadi, mereka tidak akan memberikan kenyataan yang sedemikian rupa.
"Sebagai contoh, masa arwah diseksa tujuh tahun dahulu kenapa tiada yang tampil memberikan kenyataan?
"Sedangkan pada ketika itu Zulfarhan didera hingga kejam sehingga dia hilang nyawa. Mana keadilan untuk arwah? Mereka sudah tentu ada kepentingan dan agenda mereka sendiri," katanya.
Zulkarnain turut berharap agar kematian anaknya itu tidak dijadikan ‘modal’ untuk mana-mana pihak mengambil kesempatan.
"Kita hormat keputusan mahkamah dan arwah anak saya juga layak mendapat keadilan yang selayaknya," ujarnya.

BERITA TRENDING:Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

BERITA TRENDING:SUHAKAM Bantah Hukuman Gantung Sampai Mati 6 Pembunuh Arwah Zulfarhan, Anggap Bukan Penyelesaian Adil

BERITA TRENDING:"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

BERITA TRENDING:"Keenam-Enam Pelaku Dijatuhkan Hukuman Mati! Baru Hidup Saya Tenang" - Ibu Zulfarhan

Sebelum ini, Suhakam telah meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua.
"Gantung sampai mati adalah hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman," jelas organisasi kemanusiaan itu.
Pada Selasa, hukuman gantung sampai mati telah dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut UPNM itu diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
Ia diputuskan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan.
Sumber: Majoriti
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live