Selepas bertindak mula memadam foto lama berpakaian seksi di akaun Instagramnya, penyanyi Zizi Kirana mendapat perhatian ramai apabila tular video dia sedang mengaji dalam rakaman sebuah program sempena Ramadan.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi pengikutnya di Instagram, rata-rata kagum dan memuji kemerduan suara Zizi ketika mengaji al-Quran.

Terbaharu, Zizi memuat naik fotonya berhijab serta berjubah rona hijau lembut ketika hadir dalam sesi rakaman tersebut.

Foto tersebut turut menjadi perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji penampilan sopannya serta mendoakan agar Zizi diberikan hidayah.

“Cantik insya-Allah semoga hati awak terbuka,” kata salah seorang pengikutnya.

“Cantiknya...moga 1 hari nanti Zizi Kirana terus berhijab,” harap salah seorang peminatnya.

“Pandai mengaji Zizi, masyaAllah,” komen salah seorang warga maya.

“Manisnya berhijab, mengaji pun sedap sangat,” puji salah seorang warga net

Pun begitu, Zizi hanya mendiamkan diri tanpa membalas salah satu komen tersebut.

Zizi kini muncul dengan single duet berjudul Purnama bersama kumpulan UNIC.

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah)