Laman Utama

Mantap! Kutipan Hari Pertama Abang Long Fadil 3 Cecah RM3 Juta!

Izwan Isa
09/09/2022
06:10 MYT
Filem komedi aksi paling ditunggu-tunggu tahun ini, Abang Long Fadil 3, arahan Syafiq Yusof berjaya meraih kutipan sebanyak RM3 juta pada hari pertama tayangan.
Pengarah dan pemilik idea asal Abang Long Fadil 3, Syafiq Yusof berkata: “Alhamdulillah, ia menyaksikan permulaan yang baik buat Abang Long Fadil menerusi sambutan yang memberangsangkan ini dan terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton Abang Long Fadil 3 di pawagam.
“Saya mengharapkan filem ini mampu menepati cita rasa penonton dan buat yang belum menonton, saya sarankan apa kata ajak rakan-rakan atau keluarga dengan luangkan masa bersama dan menikmati komedi dan aksi yang dipersembahkan. Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan buat pihak media dan pemamer dalam memberi sokongan padu pada Abang Long Fadil 3,” katanya.
Sebelum ini, pada acara sneak preview yang berlangsung sehari sebelum, filem yang menampilkan Zizan Razak sebagai peneraju utama itu meraih sekita RM1.2 juta.
Terdahulu, Syafiq telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta.
Uniknya ketiga-tiga francais Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi konsep cerita di mana francais pertama menonjolkan tema dunia gangster, manakala francais kedua ketengahkan Fadil dalam dunia mafia, dan naskhah terbaru paparkan Fadil dalam konsep spy.
Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3, kini di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Jom Sambung Gelak, Ulang Banyak Kali! Abang Long Fadil 3 Boleh Ditonton Di Astro First Mulai 17 November Ini

gempak
15/11/2022
15:20 MYT
Tak sabar!
Laman Utama

Ozlynn Pernah Rasa Berbelah Bagi Untuk Terima Tawaran Jayakan Abang Long Fadil 3 Sehinggalah…

gempak
05/10/2022
06:50 MYT
Tak meriah kalau Ozlynn takda
Laman Utama

Abang Long Fadil 3 Raih Kutipan RM22 Juta, Pecah Rekod Sekuel Terdahulu

gempak
30/09/2022
10:20 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Elizabeth Tan Jayakan Babak Aksi Tanpa Guna Khidmat Pelakon Lagak Ngeri Dalam Abang Long Fadil 3

gempak
29/09/2022
11:50 MYT
Terbaik Lizzy!
Laman Utama

Elizabeth Tan Kongsi Foto Cium Bibir Bersama Suami, Peminat Kecewa Nak ‘Unfollow’ - “Begitu Syulit Lupakan Lizzy..”

gempak
28/09/2022
03:25 MYT
Macam poster drama Korea!