Laman Utama

“Manusia Ada Dua Jenis, Kau Yang Mana Satu?” - Dialog Ibu Zara ‘Makan Dalam’, Skrip One Cent Thief Penuh Makna

Mya Amri
25/10/2022
08:15 MYT
Episod keempat One Cent Thief menyaksikan kemunculan watak baharu iaitu ibu Zara lakonan pelakon hebat, Sofia Jane.
Melihat kepada reaksi penonton, ramai yang menyifatkan kemunculan ibu Zara membuatkan episod kali ini lebih intense.
Tidak hanya dilabelkan sebagai ketua mafia paling cantik, dialog yang diutarakan ibu Zara juga antara menjadi tarikan penonton.
Bukan sahaja sahaja penuh emosi namun ia juga sarat dengan sindirian halus dan mempunyai makna tersirat.
Antara dua dialog ibu Zara yang menjadi perhatian adalah:
“Iman tanpa ilmu, bagaikan obor di tangan bayi.. Tapi ilmu tanpa iman, bagaikan obor di tangan pencuri…”
“Manusia ada dua jenis… Yang beriman tapi tidak berilmu, orangnya macam bayi, hatinya bersih tapi senang ditipu.
“Yang berilmu tapi tidak beriman pula macam pencuri, ada akal tapi hatinya gelap. Kamu yang mana satu,” kata ibu Zara kepada Kaduk dan Iman.
Dua dialog itu sudah cukup untuk membuatkan penonton berfikir tentang kehidupan yang dilalui mereka.
“Aaaa best gila episod 4. Suka tengok skrip ibu Zara #OneCentThief Tak sabar for next week,”
“Bila ibu Zara tanya soalan ni terus brain freeze kejap. Betul juga eak, yang mana satu?”
“Episod 4 serba serbi gila. Realiti betul skrip dia. Syok je layan. Baru keluar ibu Zara,” komen beberapa penonton.
Ingin tahu apa yang berlaku dalam episod kelima? Sama-sama kita nantikan. One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.
Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.
Jangan lupa saksikan drama premium di bawah jenama Astro Originals, One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam di empat saluran berbeza iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).
Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.
Strim di Astro dengan Pek Premium 1 hanya RM99.90 (untuk 6 bulan). WhatsApp “Nak Astro” ke 03-95433838.
#AstroOriginals #OneCentThief #PekPremium1
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

gempak
05/07/2024
13:12 MYT
Pelakon baharu, Hariz Hamdan mengakui dia perlu mencium kaki pelakon senior, Farah Ahmad demi menjayakan babak dalam drama terbaru Astro Original berjudul X-Change.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

PMX Puji Filem Sheriff - "Saya Kagum Dengan Jalan Cerita, Dialog &..."

gempak
12/06/2024
17:21 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kagum terhadap keupayaan industri perfileman tempatan selepas menonton Sheriff Narko Integriti malam ini.
Hiburan

Sofia Jane Teruja Bawa Watak Zaiton Dalam Filem ‘Mencari Ramlee’ - “Bila Dapat Skrip, Saya Suka Kerana…”

gempak
17/04/2024
11:55 MYT
Tak sabar nak tengok!
Laman Utama

Astro Originals - i.D

gempak
06/02/2024
09:29 MYT