“Marah Kerajaan Tapi Diri Sendiri..” - Netizen Bengang Jalan Raya Masih Sesak? Tak Cukup-Cukup Lagi Shopping Raya?
Ini dapat dilihat menerusi beberapa laporan mengenai keadaan trafik menuju ke pantai timur dan sekitar lokasi tumpuan di Kuala Lumpur.
Malah, sejak semalam aliran trafik memasuki ke Kelantan juga dilihat semakin bertambah.
Menerusi gambar yang tersebar di media sosial, ketiga-tiga lokasi itu menjadi paling topik hangat diperkatakan di Twitter.
Kebanyakan netizen meluahkan rasa kecewa dan marah apabila orang ramai masih menganggap kes di Malaysia masih rendah.
Malah, ada diantara mereka tidak faham dengan sikap sesetengah pihak yang memarahi kerajaan sedangkan diri sendiri juga tidak patuh SOP.
“Ramai-ramai ni nak pergi mana, cukup-cukuplah beli raya ni”
“Sibuk marah kerajaan, tapi diri sendiri tak reti duduk diam”
“Kenapa ramai sangat ni keluar, duduk rumah please, kita punya kes dah macam India,” tulis beberapa netizen.
Sekadar info, sebanyak 500 kenderaan diarahkan berpatah balik sehingga petang semalam, ketika melalui tiga sekatan jalan raya utama untuk memasuki negeri Kelantan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, selain tiada surat kebenaran rentas negeri, pengguna jalan raya juga memberi alasan yang tidak munasabah.
Katanya, seakan bertindak nekad, ada juga sebahagian perantau, mencetak surat kebenaran rentas negeri yang dimuat turun menerusi laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa tandatangan serta cop kebenaran pihak berkuasa.
Selain itu, kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer di atas Jambatan Sultan Yahya Petra dari arah Pasir Pekan, Tumpat menghala ke Kota Bharu pada Ahad difahamkan berpunca daripada penutupan laluan bertingkat di atas jambatan selain sekatan jalan raya (SJR) di pintu masuk ke Kota Bharu.
Lebih teruk, penutupan Jambatan Sultan Ismail Petra di Tendong, Pasir Mas sejak Sabtu dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19 turut mempengaruhi jumlah pertambahan kenderaan masuk ke bandar ini.