Berita
“By March 2020, You Can Kuah Banjir!”- Anak Baru 8 Bulan, Isteri Dr Say Mahu Tambah Lagi!
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril terkejut apabila isterinya Dr. Azura menyatakan hasrat mahu hamil lagi dalam masa terdekat.
Namun Dr. Say kurang bersetuju dengan permintaan tersebut kerana isterinya baru sahaja melahirkan anaknya, Aezril yang lebih mesra dengan panggilan Ace secara pembedahan dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua tahun.
“Bini saya baru sahaja bersalin secara pembedahan pada Mei tahun lalu kerana baby lemas.
“Ideally masa diperlukan untuk rahim betul-betul sembuh selepas pembedahan ialah dua tahun kerana bimbang rahim pecah (uterine rupture) sewaktu contraction.
“Namun bini saya pula berkeras untuk hamil lagi kerana mahukan bayi perempuan pula,” katanya
Dr Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Buntu dengan permintaan isterinya, dia dan isteri berjumpa dengan doktor pakar untuk bertanya lanjut mengenai hasratnya.
“Baru-baru ini kami pergi berjumpa pakar sakit puan kami dan akibat kedegilan bini, saya tanye saja direct “Dr Vignes, my wife wants a 2nd child so forcefully” terduduk obstetrician kami dibuatnya kerana Ace baru 8 bulan, ade 1 tahun 4 bulan lagi baru afdal nak menimang cahaya mata baru.
“Dr Vignes juga memberitahu terlalu awal untuk hamil lagi kerana anak masih perlukan kasih sayang.
“Namun Dr sempat menambah “if you really want to, you may deliver in 2021 which means (sambil beliau bercongak2) by March 2020 you can kuah banjir” terduduk saya dibuatnya peeps,” ceritanya lagi.
Tambah Dr Say dia bukan tidak suka hendak menambah anak lagi tapi dia perlu memikirkan tanggungjawab yang dipikul nanti.
“Bukan saya tak suka Ace ade adik tapi banyak kena fikir dari sudut seorang suami dan bapa.
“Dari segi keewangan sampai lah kepada tidur & “me time” yang bakal memendek ahaha,” tambahnya berseloroh.
Dr Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama, Aezril pada 5 Mei lalu.
Dr Say muncul dalam Tanya Doktor sebagai hos bersama Lisa Surihani yang ditayangkan setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Must-Watch Video