Rakyat Malaysia diseru untuk sama-sama menghapuskan penularan wabak COVID-19 kerana pejuang barisan hadapan di negara kita sedang bertungkus-lumus memerangi pandemik itu.

Sehubungan itu, The Edge membuka peluang kepada syarikat korporat dan rakyat Malaysia untuk memberi sumbangan bagi membeli kelengkapan perubatan dan membantu kewangan kakitangan perubatan yang dijangkiti virus tersebut.

Segala sumbangan, tidak kira besar atau kecil, ia amat bermakna untuk petugas barisan hadapan yang sanggup berkorban untuk negara demi menghentikan penularan pandemik COVID-19.

Bagi anda yang ingin menyertai usaha The Edge dalam membantu sistem dan kakitangan perubatan di Malaysia ketika berhadapan krisis COVID-19 ini, sila layari [email protected] atau hubungi 03-7721 8192.

Untuk perkembangan COVID-19 di Malaysia, jumlah kes telahpun mencecah 2031 dengan pertambahan 235 kes baru pada hari ini, 26 Mac 2020.

Sebanyak 215 dari jumlah itu telahpun pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital.

Terdapat pertambahan empat kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 23 kes.