Laman Utama

"Mari Kita Lihat Kehidupan Penyondol Itu Selepas Ini”- Bekas Isteri Hafidz Roshdi, Shuhada Tuju Pada Athira Yuhada?

gempak
Syafiqah Jalal
02/03/2023
14:53 MYT
Sponsor Banner
"Mari Kita Lihat Kehidupan Penyondol Itu Selepas Ini”- Bekas Isteri Hafidz Roshdi, Shuhada Tuju Pada Athira Yuhada?
Selepas memfailkan cerai pada 27 Februari lalu, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri dilihat semakin terbuka berkongsi luahan hatinya di media sosial iaitu Instagram.
Terbaharu menerusi InstaStory, Shuhada, 29, seolah-olah seperti mahu melepaskan kemarahan kepada orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya yang digelar ‘penyondol’ iaitu Athira Yuhada.
Tegasnya, wanita yang bergelar ‘penyondol’ (perampas pasangan wanita lain) akan tetap menjadi seorang ‘penyondol’.
“Listen here folks! Yeap, penyondol always penyondol! Maaf dekat Humairah dan Umar? No, penyondol akan sentiasa penyondol!
“Kali ini, saya sendiri akan cakap…bukan dari orang lain since saya dah bercerai. Mari kita lihat kehidupan penyondol itu selepas ini,” katanya.
Tidak tahu punca sebenar kemarahannya, kenyataan itu dikongsi pada lewat malam tadi.
Shuhada sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor, dua hari lalu.
Terdahulu, adik Nurul Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia mendedahkan Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu.
Sebelum itu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain, bernama Athira Yuhada.
Athira Yuhada juga mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon tersebut namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shu dan anak-anaknya.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live